Dalam era digital yang segala-galanya boleh dirakam, dipadam dan diulang cetak, namun jurufoto muda, Muhammad Iqmal Mukhrish Mohamad Sabri memilih haluan berbeza apabila kembali kepada magis analog melalui kamera polaroid. Pendekatan itu bukan sekadar soal gaya, tetapi satu bentuk penghargaan terhadap nilai momen yang lahir dan tidak berulang. Minatnya bermula lima tahun lalu dengan berbekalkan kamera Instax. Tarikan utamanya bukan sahaja pada tona warna unik, tetapi elemen kejutan ketika menunggu…