Setiap kali Hari Ibu, hati saya pasti tersentuh mengenangkan ketabahan seorang wanita yang dipanggil ibu.
Sosok ini tidak pernah mengeluh, walaupun seawal 4 pagi sudah bangun menyediakan sarapan dan bekal makan tengah hari buat kami adik-beradik dan ayah.
Selepas seharian bekerja, ibu pulang dan menyambut kami di rumah dengan minum petang, menyemak kerja sekolah dan masih sempat mengemas rumah.
Dan saat saya sakit, ibulah orang pertama yang bertanya dengan suara lembut, “Nak makan apa beritahu ibu ya?”
Walaupun letih dan belum sempat berehat, ibu segera ke dapur menyediakan apa sahaja yang saya minta.
Hari ini, saya masih tertanya-tanya bagaimana seorang ibu mampu lakukan semuanya dengan penuh kasih sayang, tanpa henti. Itulah kasih seorang ibu.
Sebagai penghargaan buat wanita hebat ini dan juga buat diri saya yang semakin memahami erti pengorbanan seorang ibu, koleksi Heirloom daripada Wanderlust + Co terasa begitu dekat di hati.
Ia bukan sekadar perhiasan, tetapi simbol kasih sayang yang diwarisi dan akan terus dihargai dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Koleksi Heirloom sempena Hari Ibu ini, adalah hadiah sempurna sama ada untuk ibu tercinta atau untuk meraikan dirimu sebagai seorang ibu baru.
Direka dengan kejujuran dan kelembutan, koleksi ini mengambil inspirasi daripada reka bentuk ikonik Wonderlust + Co, dan dipersembahkan dalam versi yang anggun serta mewah.

Setiap rekaan menggunakan asas perak 925 (sterling silver) yang dilapisi dengan emas 14K setebal 1 hingga 2.5 mikron, dihiasi batu permata separa berharga dan dilindungi dengan salutan berkilau untuk ketahanan maksimum.
Jika masih mencari sesuatu yang benar-benar abadi, rekaan dalam emas padu 14K dan 18K, koleksi ini adalah jawapannya.
Rekaan ini tahan oksidasi, calar dan mempunyai rona champagne yang serasi dengan semua warna kulit, lantas menjadikannya pilihan sempurna untuk heirloom moden yang akan terus bersinar sepanjang masa.
Untuk gaya harian, padankan rantai emas dengan blaus putih ringkas atau baju kurung moden untuk tampak elegan dan effortless.
Gayakan subang yang menonjol dengan rambut digulung kemas untuk majlis makan malam.
Atau padankan cincin bertindan dengan jam tangan kulit untuk aura profesional yang sofistikated.
Koleksi ini fleksibel dan bersahaja, seperti kasih seorang ibu yang tak pernah meminta balasan.
Kerana bila tiba masanya untuk meraikan ibu, dirimu tahu bahawa tiada hadiah yang benar-benar mampu menandingi kasihnya.
Tetapi dengan satu sentuhan dari Wanderlust + Co, ia dapat menterjemah cinta itu dalam bentuk indah dan abadi sebagai satu simbol penghargaan yang terus bersinar sepanjang masa.
Satu simbol cinta yang boleh diwariskan, digenggam dan dikenang.









