Suntik gaya pengembara

Suntik gaya pengembara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menelusuri kota bersejarah, merentas padang pasir, menawan puncak gunung atau sekadar melangkah di lorong-lorong kecil yang menyimpan seribu cerita.

Kembara bukan sekadar perjalanan, tetapi ia adalah semangat dan cara hidup.

Mengangkat semangat itu, Lilanz memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2025 yang diinspirasikan daripada dunia pengembaraan lelaki global.

Setiap helaian dalam keluaran jenama pakaian lelaki terkemuka China itu mencerminkan keanggunan potongan klasik yang tidak lapuk dek zaman.

Apa tidaknya, ia direka khas untuk lelaki moden yang menghargai keselesaan dan gaya sofistikated.

Sebanyak tiga tema berbeza ditampilkan dalam koleksi ini iaitu wandering in London, sand dunes dan colourful holiday.

Wandering in London
Koleksi ini membayangkan seorang lelaki merenung kehidupannya ketika menyusuri jalan-jalan bersejarah di London.

Penggunaan fabrik ringan dan boleh bernafas, menjadikan koleksi ini sesuai untuk aktiviti harian dan ke pejabat.

Palet warnanya pula menyerlahkan rasa sofistikated menerusi gabungan daya tarikan klasik British dan budaya bandar moden.

Antara helaian utama dalam koleksi ini ialah kemeja berkualiti tinggi tidak mudah berkedut, jaket Harrington versatil, kemeja polo campuran sutera dan kapas serta seluar regangan empat arah yang direka untuk bergerak seiring dengan si pemakai.

Ia mencerminkan kelenturan sebuah kota yang sentiasa bergerak maju, namun tetap berakar pada tradisi dan sejarah.

Sand dunes
Tema ini merupakan penghormatan kepada alam semula jadi dalam bentuknya yang paling asli.

Ia mengingatkan kita kepada pasir yang ditiup angin lalu diterjemahkan ke dalam helaian diperbuat daripada gentian semula jadi dan boleh bernafas seperti kapas serta linen.

Koleksi berasaskan unsur bumi ini menampilkan tencel, sut kapas-linen yang santai, jaket ringan, kemeja kasual dan seluar pendek sakhlat lembut.

Semuanya direka untuk membangkitkan rasa tenang dan saling berhubung dengan alam semula jadi.

Palet warna bumi seperti rona kopi lembut, putih berpasir, khaki dan jingga tanah nyata menyerlahkan kehangatan suria dalam koleksi ini, lalu menyuntik gaya santai mempesonakan.

Colourful holiday
Direka untuk hari-hari santai, koleksi ini menampilkan gaya kasual, yang selesa.

Diperbuat daripada fabrik rintangan ultraungu (UV) yang bukan sahaja melindungi si pemakai, malah menambah keseronokan dalam pengalaman kembara.

Dengan sentuhan estetik gaya santai moden dan tenaga remaja segar, setiap helaian amat sesuai untuk sesi berjalan di tepi laut atau meneroka bandar pesisir pantai yang meriah.

Palet warna yang ceria seperti biru laut, hijau tasik, jingga hangat dan kuning lembut menyemarakkan lagi koleksi ini.

Butik global pertama di Malaysia

Hampir empat dekad ditubuhkan, Lilanz mengambil langkah berani dengan membuka butik global pertamanya di Malaysia.

Pengarah Eksekutif dan Naib Presiden Lilang (China) Co. Ltd., Wang Jun Hong berkata, inisiatif itu sekali gus dapat memperkenalkan lagi DNA jenama berkenaan kepada dunia.

“Sejak 90-an, jenama kami telah mendefinisikan semula konsep kasual korporat di China dengan memperjuangkan fesyen lelaki minimalis dalam gaya lebih santai.

“Kini, kami teruja untuk memperkenalkan barisan pakaian lelaki premium kami yang berteraskan gaya, kesederhanaan, keselesaan dan minimalisme elegan,” katanya ketika pembukaan butik di SkyAvenue,Resorts World Genting baru-baru ini.

Menurut Jun Hong lagi, reka bentuk Lilanz berpegang kepada falsafah ketelitian minimalis dengan gabungan kreativiti dan ketukangan halus lantas mencipta siluet kemas yang penuh versatil.

Malah, ia turut dilengkapi teknologi terkini dan inovatif sesuai bagi penggayaan kontemporari, ringan, selesa dan sofistikated.

Pada 2009, Lilanz mencipta sejarah sebagai jenama pakaian lelaki pertama China yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong di samping membuat penampilan memukau di Minggu Fesyen Milan dan Tokyo.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN