Ali (bukan nama sebenar) sering membawa buku latihan yang dipenuhi lukisan pelik ke sekolah. Bukan gambar rumah, bunga atau pelangi seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Sebaliknya, contengan berwarna gelap, wajah menjerit dan bayang-bayang besar memenuhi setiap halaman. Lukisan itu menjadi isyarat awal ada sesuatu yang tidak kena dengan emosi murid tahun dua itu. Rupa-rupanya, anak kecil itu sedang bergelut dengan kemurungan, dipercayai berpunca daripada suasana rumah yang penuh tekanan. Menurut Pensyarah…










