AL-Quran telah diturunkan sebanyak tiga peringkat sehingga akhirnya sampai kepada Nabi Muhammad SAW secara berkali-kali dalam tempoh 23 tahun. Peringkat-peringkat tersebut adalah: Pertama: Al-Quran telah diturunkan secara sekali gus ke al-lawh al-mahfuz yang merupakan satu objek yang berada lebih tinggi dari langit yang ketujuh. Maksud penurunan pertama ini adalah Allah menjadikan seluruh ayat al-Quran berada di al-lawh al-mahfuz. Menurut Dr. Nuruddin ‘Itr di dalam kitabnya ‘Ulum al-Qur’an al-Karim, al-lawh al-mahfuz adalah satu alam (satu makhluk) yang berada di langit yang agung. Al-lawh al-mahfuz telah dijadikan untuk dicatat padanya segala takdir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya