Dalam dunia seni lukis tanah air, nama Kartunis Aza tidak asing lagi. Punya identiti tersendiri, beliau terus mencuri perhatian peminat kartun menerusi karya-karya berintelek dan sarat nilai budaya. Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @Subhi, 57, kini tampil dengan inisiatif baharu melalui siri Sketch keistimewaan 11 daerah di Pahang sebagai bahan promosi pelancongan negeri. Menggabungkan elemen sejarah, adat, pendidikan dan sosioekonomi, karya Aza menjadi cerminan kekayaan warisan negeri untuk…