Musim perayaan semestinya waktu yang dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga tersayang. Namun, dalam keterujaan untuk pulang beraya, jangan sampai kesihatan anak kecil terabai sehingga menjejaskan keselesaan mereka sepanjang perjalanan. Pakar Perunding Kanan Pediatrik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Intan Hakimah Ismail berkata, jika anak-anak mengalami demam atau jangkitan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Bagi anak yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti asma, alergi atau ekzema, pastikan keadaannya terkawal…