Masalah intoleransi atau alahan laktosa menyebabkan sesetengah individu sukar memilih produk tenusu bersesuaian sekali gus memberi cabaran bagi mereka untuk mendapatkan nutrisi penting. Kajian mendapati hampir 90 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah intoleransi laktosa atau ketidakupayaan mencerna gula yang terdapat dalam produk tenusu. Begitupun, kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mendapati minuman berasaskan tumbuhan mampu menjadi jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan…