JERAWAT merupakan masalah kulit yang paling kerap dihadapi golongan remaja dan dewasa, sama ada lelaki mahupun wanita. Ia kadang kala menimbulkan penderitaan emosi berpanjangan kepada segelintir individu terutama jika keadaan menjadi bertambah teruk atau meninggalkan parut. Bagi mengelak situasi tersebut, ramai yang mencari kaedah efektif dan praktikal untuk merawat jerawat. Pakar penjagaan kulit dan kecantikan, Dr. Nurul A’in Sa’ari berkata, antara yang trending ialah pemakaian pelekat jerawat yang disifatkan dapat…










