Diet tapi masih tidak kurus?

Diet tapi masih tidak kurus?

Woman Standing on Scale DIET LEPAS RAYA TIMBANG BERAT BADAN NOTA TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA AHAD PANCASIHAT 24 OGOS 2012 MUKA 18 ***ARCHIVED BY KNR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan. Iyalah, siapa yang tidak mahu tampil langsing dan menawan dengan pinggang ramping.

Namun, amalan ini tidak semudah yang diungkapkan. Biarpun sudah mencuba pelbagai jenis dan kaedah diet, namun jarum penimbang masih sahaja sukar untuk beralih ke kiri.

Perkara yang acap kali terjadi ini tentunya sangat mengganggu mood dan menjejaskan motivasi seorang wanita yang ingin kurus.

Tidak dapat dinafikan, mungkin ada sedikit kelompongan atau kesalahan yang dilakukan dalam diet seharian sehingga menyebabkan berat sukar turun.

Pengurus Pakar Diet, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Celeste Lau Wai Hong berkata, antara faktor yang menyebabkan berat masih statik adalah amalan cheat day.

Ia memberi lesen buat individu untuk makan apa sahaja sebelum kembali berdiet untuk hari-hari seterusnya.

Amalan itu boleh merosakkan semua usaha penjagaan makanan yang dilakukan sebelum ini.

“Tidak mengapa jika mahu cheat day tetapi ia perlu diikuti dengan aktiviti fizikal yang lebih untuk mengimbangi kalori yang diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, amalan cheat day akan berterusan jika ia sudah biasa diamalkan sekali gus boleh mengganggu motivasi dan sasaran untuk menurunkan berat badan.

 

HORMON
Faktor lain yang menyebabkan berat tidak turun adalah masalah hormon termasuk Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan tiroid.

Keadaan itu menyebabkan gangguan metabolik yang memberikan lebih cabaran untuk pesakit mencapai penurunan berat dengan pemakanan sahaja.

Selain itu, pemilihan makanan atau minuman yang rendah lemak juga kadangkala disalaherti oleh mereka yang sedang menjaga pemakanan.

Produk rendah lemak mungkin mengandungi kalori tersembunyi.

“Ia mungkin telah ditambah dengan gula yang tinggi dan akhirnya jumlah kalori setiap hidangan tidak banyak perbezaan daripada pilihan penuh krim dan produk lemak biasa.

“Kandungan gula dalam buah-buahan juga perlu dijaga,” jelasnya.

Ditanya apakah gula perlu ‘diharamkan’ ketika berdiet, katanya, bahan itu adalah salah satu daripada sumber karbohidrat.

Ia berfungsi dalam memberi tenaga kepada badan manusia.

“Tidak salah jika kita makan karbohidrat ketika berdiet tetapi cuba pilih karbohidrat kompleks misalnya beras perang, oat, bijirin, sayur-sayuran berkanji, susu dan yogurt daripada karbohidrat

ringkas seperti nasi putih, gula putih, madu, karamel dan roti putih,” katanya.

DEFISIT KALORI
Tambah Celeste, perkara utama bagi menguruskan berat badan ialah dengan mencapai defisit kalori iaitu jumlah kalori output lebih daripada kalori input.

Dengan memahami prinsip itu, jumlah makanan yang dimakan perlu mencapai jumlah tenaga yang kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan.

“Dalam banyak kajian, tak kira apa jenis diet, selagi boleh mencapai defisit kalori, memang membantu menguruskan berat badan.

“Cabaran bagi semua ialah, diet apa yang senang diikuti secara berpanjangan tanpa membawa kesan sampingan kepada kesihatan badan, itu yang perlu dibincangkan dengan pakar pemakanan anda,” jelasnya.

Selain itu, mengurangkan berat badan dengan hanya diet (kurang kalori) bukan sahaja mengurangkan lemak tetapi juga mengurangkan otot badan.

Justeru, diet yang disertai dengan aktiviti fizikal seperti bersenam dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, berkesan dan mengelakkan ia naik semula dengan cepat.

“Pembakaran ‘enjin’ dalam badan boleh kekal tinggi jika kita ada lebihan otot melalui aktiviti fizikal yang berkaitan dengan berat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN