SELAIN enak dijadikan ulam, daun pegaga juga sebenarnya memiliki manfaat yang baik untuk kulit.
Terutamanya bagi kulit wajah yang sensitif atau sering mengalami iritasi.
Pengasas jenama penjagaan kulit tempatan, Aush Milby Razali berkata, daun pegaga memiliki sifat menenangkan yang luar biasa serta berkesan mengurangkan keradangan pada kulit.
Ia juga dikatakan mampu merawat kulit yang kemerahan akibat iritasi.
“Bahan ini sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional ini dan ia terkenal dengan kemampuannya untuk merangsang pembentukan kolagen, sekaligus membantu memperbaiki kulit yang rosak atau bermasalah.
“Dengan sifatnya yang menyejukkan, toner yang mengandungi bahan ini akan memberikan rasa segar pada kulit, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sering terdedah kepada cuaca panas atau kulit yang sensitif,” katanya.
Penggunaan toner seringkali dikaitkan dengan memberi kesegaran kepada wajah dan merupakan langkah awal dalam rutin penjagaan wajah iaitu selepas mencuci muka.
Namun, tidak semua bahan dalam toner sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Kulit wajah yang sensitif memerlukan pengunaan bahan yang lebih alami untuk tidak menyebabkan berlakunya alahan teruk selepas pemakaian.
Produk terbaharu dari jenama Tatagaltier, Peach Plump Hydrating Toner antara yang menggunakan bahan semula jadi untuk merawat wajah, antaranya daun pegaga.
Kombinasi 19 bahan semula jadi dan bahan aktif membantu menghilangkan sel kulit mati, menghidrasi kulit dan menyokong pembaharuan kulit untuk menjadikan tekstur kulit lebih halus dan cerah.

ANTI-RADANG
Bahan lain yang terdapat dalam toner ini adalah esktrak buah persika atau prunus persica peach fruit extract.
Kata Aush, ekstrak buah persika terkenal dengan sifat anti-radang yang amat berkesan untuk mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit, menjadikannya pilihan sempurna untuk mereka yang memiliki kulit sensitif atau mudah terdedah kepada kerengsaan.
“Lebih menarik lagi, toner ini diperkaya dengan ekstrak ceri prunus atau cerasus prunus cerasus cherry extract, yang kaya dengan antioksidan, membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang boleh mempercepatkan proses penuaan pramatang.
“Dengan kombinasi yang penuh khasiat ini, toner bukan sahaja memberi kesegaran pada kulit, tetapi juga memberikan perlindungan yang berpanjangan untuk memastikan kulit sentiasa terjaga,” katanya.
CIRI SELAMAT
Produk ini tidak diuji ke atas haiwan dan selamat digunakan oleh individu yang mengalami masalah jerawat.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menimbulkan gatal atau pedih pada muka.
“Selain itu, ciri reef safe atau selamat untuk terumbu karang menjadikan toner ini pilihan bijak bagi mereka yang prihatin terhadap alam sekitar, kerana tidak memberi sebarang ancaman kepada terumbu karang mahupun ekosistem marin,” katanya.
Ia juga bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti alkohol, alergen, pewangi, minyak, parabens, silikon dan sulfat.
Ketiadaan bahan kandungan yang berbahaya menjadikannya sangat sesuai untuk kulit sensitif yang memerlukan produk yang lembut dan tidak merengsakan.
Produk ini juga memberikan pencerahan kulit, mengatasi masalah noda hitam dan ketidakseimbangan warna, menjadikan kulit lebih berseri dan sekata,” katanya.
Menurut Aush Milby, produk ini mengandungi bahan pengelupasan yang berkesan serta diperkaya dengan asid hyaluronik.
Gabungan kedua-dua bahan ini bukan sahaja membantu menanggalkan sel kulit mati, tetapi juga memberikan kelembapan mendalam, menjadikan kulit tampak lebih segar, halus dan terhidrasi dengan sempurna.
“Toner ini juga membantu mempercepatkan penyembuhan kulit dan mengurangkan penampilan parut, memberikan hasil kulit yang lebih rata dan licin.
“Dengan penggunaan yang konsisten, toner ini secara berkesan memperbaharui kulit, memperbaiki tekstur dan menjadikan kulit lebih cerah serta sihat,” katanya.
Di samping itu, ia juga diperkaya dengan madu yang diperam yang memberikan kelembapan mendalam kepada kulit.
Jelasnya, madu yang melalui proses penapaian ini mengandungi enzim dan nutrien yang mudah diserap oleh kulit, membantu menjaga kelembapan semula jadi dan menjadikan kulit terasa lebih lembut dan terhidrat.
“Keistimewaan madu yang diperam ini juga meningkatkan sifat antimikrobnya, membantu melawan bakteria yang boleh menyebabkan masalah kulit,” jelasnya.
Justeru, penggunaan toner tidak boleh diambil ringan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang cenderung sensitif dan sering mengalami iritasi.- UTUSAN.










