SIAPA menyangka motosikal lama seperti Vespa yang tersadai bertahun-tahun di dalam garaj mahu pun di bawah pokok boleh kembali berfungsi seolah-olah diberi peluang hidup kali kedua. Istilah motosikal buruk hanya layak ditolak secara timbang kati kepada operator kitar semula mungkin tidak relevan dengan Vespa lama yang mampu ‘diremajakan’ semula. Menurut seorang mekanik dari Taman Seri Cheeding Banting, Selangor, Mohamad Azarudeen Abdul Khalid,34, Vespa yang dikeluarkan pada era 1960-an hingga 1980-an…