KETIKA orang ramai memilih untuk melancong atau pulang ke kampung, saya dan keluarga memutuskan untuk menikmati waktu santai di bandar. Tanggungjawab kerja dan sekolah yang masih perlu diselesaikan membuatkan kami mencari destinasi berdekatan yang tetap menawarkan suasana tenang. Destinasi pilihan kami ialah Eco Community Park di Bukit Jelutong, sebuah taman riadah yang dihiasi kehijauan alam, udara segar dan peluang untuk berinteraksi dengan haiwan dalam jarak dekat. Taman ini terkenal dengan…