Cetakan interaktif hiasi baju T, beg tote

Cetakan interaktif hiasi baju T, beg tote

Cetakan interaktif hiasi baju T, beg tote
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSPIRASI kilang percetakan mendorong jenama mewah, Coach menawarkan perkhidmatan percetakan interaktif di butik kontemporari terbaharunya di ibu kota.

Menerusi perkhidmatan itu, pelanggan berpeluang membeli baju T dan beg tote yang dicetak dengan iklan-iklan arkib.

Terdapat 10 reka bentuk dan empat warna berbeza yang disediakan sebagai pilihan.

Proses mencetak tidak mengambil masa lama dan dalam tempoh kurang 20 minit, pelanggan dapat membawa pulang karya seni unik itu.

Menariknya, perkhidmatan terbaharu yang julung kali diperkenalkan di dunia itu hanya terdapat di Coach Play APW di Jalan Riong, Kuala Lumpur.

Selain cetakan di hab kreatif, terdapat juga ruang cipta bagi menikmati perkhidmatan monogram percuma.

Pelanggan boleh membuat tag gantung dengan citarasa tersendiri dan mencipta cerita masing-masing menerusi pilihan emoji serta huruf yang pelbagai.

Pengalaman membeli-belah bertambah mengasyikkan apabila memasuki ruangan Coachtopia yang berkonsepkan kitar semula.

Istimewanya, material yang digunakan adalah daripada beg-beg kulit Coach yang lama.

Bahkan, kesemua beg daripada koleksi ini termasuk Ergo dan Wavy Dinky, dilengkapi cip NFC terbenam yang membolehkan pelanggan mengimbas segala informasi di sebalik sumber dan proses pembuatannya.

Antara ruangan lain yang boleh diterokai ialah kedai Tabby yang menyediakan deretan koleksi beg ikonik, Tabby diikuti bilik arkib dan pakaian serta kasut sedia dipakai.

Setelah penat membeli-belah, hilangkan dahaga dan rasa lapar dengan singgah sebentar ke kedai kopi Coach yang terletak bersebelahan butik.

Kafe berkonsepkan klasik New York itu merupakan yang terbesar di dunia dan mampu memuatkan sehingga 60 pelanggan.

Selain kopi istimewa, minuman turut dihidangkan dengan menampilkan ketulan ais berbentuk huruf C bagi melambangkan identiti Coach.

Menu lain yang disediakan ialah aneka sandwich di samping pencuci mulut iaitu pastri dan aiskrim berperisa unik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×