WANGIAN mempunyai pelbagai struktur kimia berbeza dengan setiap satunya mampu menghasilkan karakter aroma yang tersendiri. Contohnya, struktur kimia daripada kumpulan alkohol memberikan bau segar manakala aldehid menghasilkan bau buah-buahan atau sitrus. Ketone pula memiliki aroma manis dan bunga, diikuti ester yang sinonim dengan buah-buahan dan gula-gula manis. Dalam pembuatan minyak wangi, bentuk dan susunan bahan yang digunakan menerusi piramid olfaktori, menentukan karakter bau wangian dihasilkan. Perubahan kecil pada susunan bahan…










