BAGI memartabatkan warisan etnik Lun Bawang, seorang pereka Sarawak mengambil inisiatif mengetengahkan motif etnik itu pada busana malam. Sentuhan klasik dan moden elegan menjadikan sembilan rekaan dalam koleksi bertajuk Arit Tau atau Motif Kita itu tampak glamor digayakan ke acara rasmi. Rosalind Kamis berkata, inspirasi itu tercetus bagi menyuntik elemen tradisi Orang Ulu Sarawak dalam pakaian seharian masyarakat. Dalam masa sama, beliau mahu mempromosikan dan mempertahankan warisan turun-temurun nenek moyangnya.…










