Bergaya ke pejabat tidak seharusnya membosankan. Apa kata dirimu tampil dengan aura lady boss yang penuh keyakinan? Suit up dalam gaya dengan koleksi terbaru dari Mis Claire yang menampilkan cetakan houndstooth yang unik, preppy dan classy.
Corak ini bukan sahaja membawa sentuhan klasik, malah memberi suntikan sofistikated yang menjadikan penampilanmu bergaya dan chic.
Mis Claire adalah antara jenama pakaian bertubuh gempal terkemuka di Malaysia, yang menawarkan saiz sehingga 7XL.
Apa yang istimewa tentang Mis Claire ialah mereka tidak sekadar memperbesarkan rekaan mereka, tetapi merancang dan menyesuaikan potongan serta siluet yang sesuai untuk tubuh plus-size, khusus untuk jenis badan dan ketinggian wanita Asia.
Untuk wanita bertubuh gempal yang mencari gaya pejabat, blazer yang harus ada dalam almari pakaianmu ialah bellatrix houndstooth boxy work blazer dengan warna coklat dan kelabu.
Ia direka daripada material campuran polycotton dengan lining twill yang tidak regang dan jarang.
Potongan boxy dengan kolar shawl ini memberikan keselesaan tanpa mengorbankan gayamu.

TUBUH CURVY
Bagi wanita bertubuh curvy, fokuskan untuk menyeimbangkan proportion badan.
Blazer potongan boxy sangat sesuai kerana ia menambah volume pada bahagian atas tubuhmu, memberi ilusi bahu yang lebih lebar dan seimbang dengan pinggul.
Pilihan blazer houndstooth ini membantu menarik perhatian ke bahagian atas badan. Pilih seluar lurus atau berpotongan lebar untuk melengkapkan blazer dan memberikan keseimbangan pada keseluruhan penampilan.
TUBUH HOUR GLASS
Wanita dengan bentuk badan jam pasir biasanya mempunyai pinggang yang jelas dengan bahagian dada dan pinggul seimbang.
Blazer houndstooth sangat sesuai kerana ia boleh menyerlahkan lekuk badanmu. Gunakan tali pinggang untuk menonjolkan lekuk badan dan memberi definisi pada bahagian tengah tubuh.
Padankan blazer dengan skirt pensil atau seluar slim-fit untuk mengekalkan bentuk jam pasir yang seimbang.

TUBUH EPAL
Untuk wanita bertubuh epal, fokus utama adalah mencipta ilusi tubuh lebih panjang dan menarik perhatian dari bahagian tengah.
Blazer boxy seperti houndstooth bellatrix sangat sesuai kerana ia memberikan struktur dan potongan yang tidak terlalu ketat pada bahagian perut.
Kolar shawl blazer ini juga mencipta garis menegak yang membantu memberi ilusi badan langsing.
Pilihlah blaus lebih longgar dan berwarna gelap untuk memberi ilusi pinggang ramping.
Elakkan memakai seluar terlalu ketat di bahagian perut, sebaliknya, pilih seluar berpotongan lurus atau flare untuk menyeimbangkan bahagian bawah tubuh.
Dengan mengikuti tips ini, dirimu dapat menggayakan blazer houndstooth dengan penuh bergaya ke pejabat, tanpa mengira bentuk badan.
Keyakinan diri adalah aksesori terbaik, jangan takut untuk bereksperimen dan berpenampilan lebih berani.










