Pilihan sepatu cantik, selesa

Pilihan sepatu cantik, selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARI kejauhan papan tanda jenamanya sudah cukup meraih perhatian.

Rona oren ditampilkan mewakili aura bertenaga bagaikan sinaran mentari pagi.

Pengasas Sunnystep, Ting Mao mengakui sememangnya itulah mesej jenama dalam memberikan keseronokan kepada peminat sepatu sihat, saat membangunkan jenama itu, lima tahun lalu.

Katanya membangunkan produk kasut tidak pernah ada perancangan hidupnya namun segala-galanya berubah selepas beliau berdepan masalah saraf, garagara tersilap gaya melakukan senaman.

“Kecederaan itu mengubah cara saya berjalan, duduk dan berdiri.

“Perit dirasakan itu menyebabkan segala aktiviti harian cukup TING Mao bersama antara koleksi sepatu kegemaran pelanggan.

“Kalau berdiri lama memang sakit, apatah lagi kalau memakai kasut yang tidak sesuai. Risau sakit menjadi mudarat, saya mula mereka sendiri kasut yang memiliki tapak selesa. Saya yakin keselesaan membantu mengurangkan kesakitan saya alami,” katanya ditemui sewaktu pembukaan cawangan sulung kedai berkenaan ke Malaysia iaitu di gedung beli belah di The Exchange TRX.

Tuah menyebelahi Ting Mao apabila sepatu rekaannya itu menerima sambutan menggalakkan saat diperkenalkan secara dalam talian pada 2019, malah berupaya membuka 13 cawangan di Singapura.

Lebih membanggakan apabila permintaan melebihi pasaran hingga mendorong ibu muda ini membuka kedai secara fizikal.

Berbekalkan misi memperkasakan orang ramai untuk bergerak bebas dan ceria, Sunnystep menawarkan penyelesaian kasut yang sempurna dengan menambah baik postur badan, keseimbangan dan kestabilan.

“Dengan kerjasama MIT Sports Lab, kami gigih mengkaji aerodinamik dan taburan tekanan yang tepat pada kasut-kasutnya bagi memastikan tekanan minimum pada bahagian kaki serta badan,” katanya.

Jenama asal Kota Singa ini terkenal dengan potongan bergaya dilengkapi reka bentuk saintifik.

Produk utama Sunnystep seperti Balance Runner (RM475) dan Dream Sneaker (RM595) direka bentuk dengan teliti bagi menyokong gaya hidup yang sihat dan sejahtera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×