SATU demi satu kejayaan diraihnya sepanjang hampir sedekad bergelar pempengaruh media sosial. Bermula dengan menghasilkan video-video masakan yang meraih jutaan tontonan, Khairul Aming, 32, atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman ini kemudian melebarkan sayap dalam bidang keusahawanan. Dua produknya, Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi yang dikeluarkan sejak 2021 berjaya mencatatkan jualan luar biasa hingga kini. September lalu, sebanyak 2.4 juta botol sambal itu laris dengan nilai keseluruhan RM33.5…










