Saya maafkan, mereka tak tahu - Ruhainies - Utusan Malaysia

Saya maafkan, mereka tak tahu – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mereka tak nampak apa sebenarnya berlaku. Saya maafkan mereka yang bergosip.”

Demikian luahan pelakon, Ruhainies apabil ditanya adakah dia sudi memaafkan warganet yang sehingga kini mengecamnya berikutan kontroversi melibatkan Aliff Aziz.

Jelasnya, mereka yang bergosip dan mengecamnya tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku berbanding apa yang bertebaran di media sosial.

“Mereka tak kenal saya, mereka tak nampak apa yang sebenarnya berlaku. Mereka tak ada di tempat kejadian.

“Jadi mereka tak tahu the whole story. cuma dengar beberapa cerita yang disebarkan melalui media sosial sahaja. Tak mengapa,” ujarnya.

Ruhainies berkata demikian ketika menjawab soalan peminat menerusi Instagramnyaz

Sementara itu, tambah aktres itu, warganet mempunyai hak untuk meluahkan apa yang mereka rasa walaupun perit untuk diterima.

“Mereka juga ada hak untuk menilai apa yang mereka nampak on the surface.

“Tak mengapa, tak mengapa. Mereka tak tahu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya