JPA luluskan 302 jawatan kontrak

JPA luluskan 302 jawatan kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan 302 perjawatan berstatus kontrak melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di pelbagai peringkat.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata, kelulusan itu turut mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan (MOF).

“Sebelum ini, APM mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak JPA berhubung permohonan perjawatan ini sama ada diberikan secara kontrak mahupun tetap.

“Tetapi, selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri memberikan respons terhadap perkara ini, pihak JPA teah memaklumkan kepada kami bahawa kelulusan telah diberikan terhadap perjawatan tersebut secara kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat serta Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Perak 2024.

Pada 5 Mac lepas, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, status permohonan bagi perjawatan tetap dan kontrak anggota APM akan diumumkan oleh JPA dalam masa terdekat.

Aminurrahim berkata, kelulusan yang diberikan terhadap perjawatan itu dilihat amat penting dalam meningkatkan keupayaan serta memastikan kebajikan anggota APM terbela.

“Perjawatan kontrak yang diluluskan ini juga dianggap relevan kerana buat masa ini kerajaan masih dalam proses kajian terhadap skim baharu melibatkan pelantikan ke perjawatan tetap.

“Jadi, ia mungkin mengambil sedikit masa dan kerajaan pada waktu ini juga amat berhati-hati selain meneliti secara terperinci sebelum sesuatu perjawatan tetap itu diluluskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN