Gamit nostalgia Tetris

Gamit nostalgia Tetris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA ditanya permainan video kegemaran ramai lewat tahun 80an hingga 90an, tentulah jawapannya Tetris.

Konsol permainan klasik itu cukup akrab dengan generasi milenial yang berusia antara 28 hingga 43 tahun.

Walaupun serba ringkas dan cuma menyusun blok-blok pelbagai bentuk, tetapi ia berupaya merangsang otak serta daya fikir seseorang.

Keseronokan bermainnya menyebabkan ada segelintir yang ketagih, selain bergaduh sesama adik-beradik bagi mendapatkan giliran masing-masing.

Memori indah permainan itu menyuntik inspirasi buat jenama fesyen tempatan, Carlo Rino untuk mengeluarkan koleksi ikonik, Tetro B Mon sebagai penghormatan kepada Tetris.

Ia menggambarkan fesyen kontemporari melalui lensa nostalgia kanak-kanak dengan setiap cebisan memiliki rasa spontan dan kegembiraan.

Koleksi ini merangkumi beg tangan, beg galas, baju T, topi, stokin dan dompet dengan gabungan warna ceria dan klasik.

Mulakan langkah bersemangat dengan beg double, gandingan bergaya antara tote dan dan beg
siluet blok, yang sesuai untuk sebarang majlis dari pejabat ke acara santai.

Rekaan ini menggabungkan citarasa moden dengan tali rafia manik dan butang emas sebagai sentuhan glamor di samping penutupan zip dan tali boleh laras.

Bagi yang mahu menyerlahkan lagi penampilan, gayakan beg silang mini sama ada menerusi pemegang atasnya atau disarung santai di bahu.

Rona menyerlah dan siluet blok Tetris menjadikan beg itu mampu menyinar dalam pelbagai acara.

Tambahkan kod retro kool dengan topi bucket disulam corak geometri, yang sesuai
dipadankan dengan gaun musim panas ringan atau baju T di samping stokin comel dalam koleksi ini.

 

HITAM KLASIK, MODEN
Koleksi Tetro B Mon turut menampilkan cetakan monogram dengan rona hitam putih pada beg
galas, tote dan bumbag di samping dompet.

Bagi mereka yang sentiasa sibut, Carlo Geo Tetro B Mon bumbag menggabungkan stail dan praktikal dengan mudah.

Rekaan petak berzip memudahkan penyusunan barang keperluan si pemakai, manakala tali boleh laras memastikan keselesaan untuk dipakai sepanjang hari.

Simpan barang berharga anda dalam dompet panjang dan pendek dengan reka bentuk kompak dalam
koleksi ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN