Enam masjid indah, bersejarah

Enam masjid indah, bersejarah

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELANGOR merupakan antara negeri yang sarat dengan sejarah kerana kepelbagaian budaya dan seni binanya.

Ini termasuk bagi reka bentuk unik masjid yang menerapkan variasi pengaruh daripada negara luar.

Berikut antara enam masjid simbolik di negeri Selangor dengan sejarah dan reka bentuknya yang tersendiri:

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

MASJID yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru ini dianggap mercu tanda ikonik dan merupakan masjid terbesar di Malaysia.

Masjid megah ini memegang rekod minaret (tembok tinggi berdekatan masjid) tertingfi oleh Guinness World Record pada Ogos 1993.

Dibina antara tahun 1983 dan 1987, ia dirasmikan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1988.

Boleh memuatkan sehingga 24,000 jemaah pada satu masa, masjid ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan dan tarikan pelancong seperti galeri seni Islam. Reka bentuknya hasil gabungan elemen Timur Tengah dan traditional Malaysia.

MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG

MASJID negeri kedua Selangor selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Masjid Biru) ini, terletak dalam persekitaran tenang dikeliling tasik.

Masjid dinamakan sempena Raja Permaisuri Agong Malaysia kedua, Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah ini mampu menampung sehingga 5,000 jemaah pada satu masa.

Mengetengahkan unsur Malaysia bagi reka bentuk dalaman, masjid ini turut menyerupai Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi.

Ia dilengkapi kemudahan seperti bilik kuliah dan ilmiah, serta perpustakaan yang mempunyai 3.500 salinan buku.

MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG

MASJID TUN ABDUL AZIZ, PETALING JAYA

DIKENALI dengan nama Masjid Bulat dek kerana keunikkan binaanya. Ia menjadi antara masjid terbesar di Petaling Jaya. Namanya diilham dan dipilih bagi menghormati Menteri Besar keempat Selangor, Tun AbduÎ Aziz yang berkhidmat pada 1955.

Dinding dalaman masjid tiga tingkat yang memuatkan 3,600 jemaah ini, dikelilingi oleh ukiran corak Arab dengan gabungan seni bina moden.

Antara kemudahan disediakan untuk jemaah dari semua peringkat umur ialah bilik darjah dan lif yang boleh diakses warga emas dan orang kurang upaya (OKU), kedai dan stesen bas.

MASJID TUN ABDUL AZIZ, PETALING JAYA

MASJID DIRAJA SULTAN SULAIMAN, KLANG

REKA bentuk dalamannya unik sekali dengan kerja ukiran yang dilakukan sekitar tahun 1932. Dianggarkan terdapat kira-kira 70 ukiran bas relief, yang merupakan teknik membuat imej dan ukiran kelihatan tiga dimensi (3D) di permukaan dindingnya.

Dekorasi seninya pula menggunakan warna terang seperti merah dan kuning yang melambangkan bendera Selangor. Manakala warna langit biru dan hijau sebagai lambang alam semula jadi. Kedudukan strategik masjid turut menjadi kelebihan kerana ia berdekatan dengan premis tarikan pelancongan lain seperti Istana Alam Shah dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

MASJID DIRAJA SULTAN SULAIMAN, KLANG

MASJID SULTAN ABDUL SAMAD, SEPANG

RUMAH Allah ini turut dikenali sebagai Masjid KLIA kerana lokasinya yang hanya masa 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Nama diberi adalah sebagai penghormatan kepada Sultan keempat Negeri Selangor, Sultan Abdul Samad pada tahun 1857.

Terkenal dengan warna hijau dan biru yang menyerlah, masjid ini menggunakan motif bunga kantan sebagai inspirasi.

Pemandangan malam kubah masjid yang menyerupai bentuk lampu minyak, menjadi tarikan kepada pelancong yang berkunjung.

MASJID SULTAN ABDUL SAMAD, SEPANG

MASJID HAJI FISABILILAH, CYBERJAYA

BOLEH memuatkan sehingga 8,300 jemaah, masjid ini menjadi antara pusat ibadah pertama di dunia yang mendaftar dengan program Malaysia’s Feed in Tariff (FiT) dan menggunakan tenaga solar untuk menghasilkan elektrik.

Ia turut mematuhi tahap penilaian tertinggi oleh Standard Green Building Index (GBI) kerana bahannya yang boleh dikitar semula, peralatan jimat tenaga dan penggunaan tenaga serta kos operasi lebih rendah.

Nama masjid dilhamkan dari seorang perajurit Bugis, Raja Haji Fisabilillah, yang mengalahkan tentera Belanda di Melaka.

Dibina pada tahun 2015, binaanya indahnya itu berunsurkan seni bina tradisional Malaysia, mikhrab dan minbar masjid dengan corak geometrik Arab dan nama Allah serta nabi, hasil sentuhan tukang ukir tempatan.

MASJID HAJI FISABILILAH, CYBERJAYA
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN