SENI anyaman dikatakan bermulasejak zaman dahulu lagi dan iaboleh dilihat pada dinding serta atap kediaman masyarakat lampau.
Malah, ia turut diperluaskan menerusipenghasilan bakul, topi,tudung saji, tikar dan pelbagaibarangan hiasan rumah lain.
Proses menganyam disifatkan unik, rumit danpenuh kehalusan sekali gus menuntut ketekunan serta kesabaran para pembuatnya.
Namun, perkembangan zaman menyebabkan seni anyaman makin dilupakan masyarakat dan tidak lagi diwarisi daripada generasi
ke generasi.
Bagi memastikan seni tradisi tempatan tidak tenggelam dalam arus pemodenan, syarikat barangan kemas, Habib Jewels Sdn. Bhd., mengambil inisiatif memperkenalkan koleksi anyaman.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, koleksi terbaharu bagi edisi Aidilfitri itu bertujuan memelihara warisan zaman berzaman sekali gus memupuk minat orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni kraftangan Melayu.
“Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya.
“Ia bertepatan dengan kempen raya kami iaitu, Rantaian Kasih,” katanya baru-baru ini.
Dalam majlis itu, Habib Jewels turut memperkenalkan duta kempen Rantaian Kasih iaitu pelakon, Amyra Rosli dan keluarga diikuti Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny.
Koleksi anyaman dipadankan bersama emas 750 (18K) bagi memastikan kekukuhan dan kilauan ketika digayakan di hari lebaran.
Selain itu, ia turut tersedia dengan kombinasi berlian dan batu permata pelbagai warna untuk penampilan yang lebih versatil dan
menarik.
KELARAI
Habib Jewels turut memperkenalkan rekaan baharu wafer syiling emas 999.9 edisi anyaman, yang didatangkan dengan lima rekaan unik.
Rekaan itu ialah kelarai mak mek, bunga api, berhati berkaki, mat bilis dan kinukuo.
Menurut Meer Sadik, motif mak mek dikatakan dicipta oleh hajah Semek dari Kelantan dengan menggunakan simbol X secara berulang-ulang semasa proses anyaman.
Kelarai bunga api pula menampilkan dua motif geometri berbeza yang berasal daripada corak rekaan batik tradisional dan mata bilis pula
berinspirasikan alam semula jadi.
Bagi berhati berkaki, ia memaparkan flora dan fauna diikuti kinukuo yang mencerminkan budaya serta gaya hidup etnik Murut.










