Aidilfitri bakal menjelma dan jelas terpancar keceriaan untuk menyambut perayaan itu termasuk menerusi pemilihan busana. Antara palet warna yang trending untuk tahun ini adalah oren dan beige.
Ia melambangkan kehangatan, kegembiraan dan kesegaran yang diperlukan.
Rona ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu sentuhan magis yang menghidupkan aura gembira di hari raya.
Bagi yang tercari-cari sentuhan rona ini, jenama tempatan terkemuka, Wanzar, menyajikan koleksi terbaharu yang pasti mencuri perhatian.
Berikut adalah tips saya untuk mereka yang menggayakan busana berwarna oren dan beige.
Lengkapkan penampilan dengan aksesori bersesuaian seperti selendang, tudung atau beg tangan rona sepadan bagi menjadikan gaya lebih memukau.
Pilihan ideal adalah aksesori berwarna putih, krim atau coklat. Untuk kelainan, gayakan tudung daripada fabrik sutera atau organza.
Bagi yang bertubuh kecil molek, pilih potongan busana yang ramping seperti baju kurung moden atau blaus yang dipadankan dengan skirt atau seluar panjang. Hindari pakaian lebar atau mempunyai banyak lipatan yang boleh mengurangkan ketinggian visual badan. Gayakan busana dengan
warna seragam dari atas hingga bawah untuk memberikan ilusi tinggi. Lengkapkan dengan aksesori seperti tumit tinggi atau platform untuk menambahkan sedikit ketinggian.
Bagi yang bertubuh pear, pilih potongan atas yang memanjangkan garis bahu. Elakkan pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggul atau peha. Sebaliknya, pilih busana dengan kain yang mengalir atau berpotongan flare untuk mengimbangi bentuk tubuh.
Untuk pemilik badan kurus, gayakan pakaian yang memberi dimensi tambahan kepada tubuh seperti baju kurung berpotongan layer atau baju kurung dengan lengan volume. Kemasan sulaman dan perincian riben atau payet juga boleh menambahkan dimensi pada pakaian.
Jadikanlah Aidilfitri ini sebagai satu babak baru dalam kisah kehidupan, dengan helaian pakaian daripada Wanzar yang kelihatan mewah.










