Keutamaan pendakwah mualaf

Keutamaan pendakwah mualaf

Datuk Dr. Farid Ravi Abdullah (tengah) antara pendakwah mualaf yang aktif di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEUTAMAAN berdakwah dalam kalangan pendakwah mualaf dapat dibincang melalui dalil-dalil al-Quran dan hadis.

Adapun objektif dakwah Islamiah menurut Ahmad Asnawi Hassan dalam karangannya Pengantar Dakwah Islamiah adalah untuk melahirkan muslim sejati, tulen yang mana mena kan sifat dan tabiat kehidupan jahiliah seterusnya menjadi umat pilihan Allah SWT.

Dakwah juga bertujuan melahirkan umat Islam yang berakhlak mulia cintakan kedamaian, keharmonian dan berkasih sayang sesama manusia, menerima Islam sebagai Addin dalam kehidupan sama ada dari sudut aqidah, ibadat, adab, pensyariat yang tidak terpisah dari roh dan jasad manusia dan akhirnya kemuncak tujuan dakwah mencapai keredhaan Allah SWT dan meraikan rahmat Allah SWT dalam kehidupan.

DALIL AL-QURAN

Dalil-dalil al-Quran yang membincangkan berkenaan dakwah Islamiah antaranya di mana seluruh umat Islam khususnya pendakwah mualaf diperintahkan untuk meneruskan dakwah para nabi.

Ia seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah SWT dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala itikad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.(Yusuf: 108)

Merujuk Tafsir al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka, ayat ini menjelaskan Rasulullah SAW telah meletakkan pemisah antara tauhid yang Baginda tegakkan dengan amalan syirik yang dipertahankan oleh kaumnya.

Selain itu perkara-perkara hak dan batil dan benar dan salah serta keyakinan iman yang kuat membentuk kehidupan seseorang Muslim.

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebihmengetahui
akan orang yang sesat dari jalannya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangorang yang mendapat hidayah
petunjuk. (an-Nahl: 125)

Ayat ini menunjukkan bahawa al-Quran menggariskan dasar-dasar, cara-cara dan peraturan dakwah kepada Rasulullah SAW dan kepada pendakwah dalam menyampaikan agama Allah SWT.

Dakwah perlu dilakukan dengan cara yang bijaksana, memberi pengajaran yang baik yang mana meresap ke dalam hati dan menembusi jiwa manusia dengan lemah lembut.

Dakwah juga perlu dilaksana dengan menggunakan perdebatan yang sebaik-baiknya tanpa tekanan kepada pihak lawan, tanpa menghina dan
memburuk-burukkan mereka.

DALIL AL-HADIS

Dalil hadis tentang kewajipan dakwah ke atas setiap Muslim seperti mana sabda Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari Qawl al-Nabī SAW 1:24-25; Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.

Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin menjelaskan hadis di atas memerintahkan setiap orang yang mengetahui tentang agama supaya memberitahu orang lain dan kenyataan bahawa tidak mengetahui tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berdakwah kerana Islam mewajibkan setiap orang Islam belajar.

Hadis Nabi SAW lain berkenaan tuntutan melakukan amar makruf dan nahi mungkar iaitu berdakwah dan taat kepada Allah SWT kerana Dia
berkuasa untuk menurunkan azab sekiranya lalai dalam menjalankan suruhan-Nya.

Hadis seperti mana sabda Nabi SAW dalam yang bermaksud: Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, hendaklah kamu menyeru kepada perkara
yang baik dan mencegah dari yang mungkar atau takutlah kepada Allah SWT yang seksa ke atas kamu.

Yang mana pada ketika itu doa kamu tidak diperkenankan lagi. (Sunan al-Tirmidzi dalam
bab Mā Jā’a fī al-Amr bi alMakrūf wa al-Nahy al-Munkar
3:336)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam alBukhari dalam Kitab Al Ilm bab 1-2 sabda Rasulullah SAW yang menyarankan setiap orang menyampaikan sesuatu yang diketahui kepada orang lain walaupun tidak banyak ilmu yang dimiliki. Ia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sampaikan (apa yang kamu terima) daripadaku walau satu ayat.”

Dalil dari hadis Rasulullah SAW berkenaan saranan berdakwah secara berjemaah atau secara beorganisasi.

Antaranya sabda Rasulullah SAW; Hendaklah kamu hidup dalam berjemaah, kerana sesungguhnya serigala akan memakan orang yang terpisah dari kumpulannya.

Kalimah yang menunjukkan berkenaan menyeru atau berdakwah kepada kebaikan maka janji ganjaran pahala, manakala jika sebaliknya tiada ganjaran pahala malah balasan dosa yang akan diterima.

Ini seperti mana sasaran dakwahnya dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menyeru (berdakwah) kepada petunjuk, maka baginya ganjaran yang sama seperti orang yang mengikuti mereka.

Balasan tersebut tidak berkurang walaupun sedikit. Dan sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, dia mendapat dosa sebagaimana pengikutnya tidak berkurang walaupun sedikit.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa melihat kemungkaran (kemaksiatan), maka hendaklah dia mengubahkannya dengan tangannya. Jika tidak ada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahkan dengan lidahnya (nasihat dengan mulut).

Jika dengan cara tersebut dia juga tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya (doa). Itu adalah selemah-lemah iman. (Sahih
Muslim)Hadis ini menunjukkan setiap Muslim yang melihat atau berhadapan dengan perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan yang boleh
menyebabkan kemurkaan Allah SWT dan merosakkan diri muslim, maruah umat Islam dan menjejaskan agama Islam, maka perbuatan tersebut perlu ditegah, dihalang dan dihapuskan.

Perkara-perkara kemungkaran tersebut boleh diubah atau dihapuskan oleh seseorang individu Muslim atau sesuatu organisasi melalui kekuasaan yang wujud serta kemampuan masing-masing sehingga terhalangnya dan terhapusnya kemungkaran dari muka bumi Allah SWT.

Oleh yang demikian, didapati bahawa dalildalil saranan berdakwah secara fardiyah dan secara kolektif adalah bertujuan merealisasikan usaha dakwah Islamiah berdasarkan alQuran dan al-hadis untuk pendakwah mualaf mengajak manusia menuju agama Allah SWT dan seterusnya
mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

PENULIS adalah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN