Dalam Fotografi makanan ramai jurufoto yang memilih untuk menggunakan sumber cahaya semula jadi bagi mendapatkan mood cahaya yang lebih asli. Pergerakan cahaya yang lurus dan terdapat halangan dan pantulan menghasilkan zon bayang dan zon terang.

Jika sesi fotografi makanan dilakukan di kawasan tertutup atau di studio, kita biasanya menggunakan aksesori Honey Comb atau menggunakan Gobo. Honeycomb biasanya menghasilkan cahaya yang lebih bertumpu kepada spot yang tertentu sahaja.Bagi mengatasi masalah ini kita menggunakan Gobo.
Gobo atau ‘Go Between Object’ adalah pengubah cahaya yang berjalan antara sumber cahaya dan subjek foto. Gobo boleh dibuat secara ‘DIY’ menggunakan bahan yang ada di sekeliling kita sahaja.
Saya pernah menggunakan penuras periuk kukusan yang berlubang sebagai Gobo semasa melakukan tugasan fotografi di dapur. Bagi yang ingin mencuba teknik seni pencahayaan ini, kita boleh menggunakan mounting board sebagai hadangan.
Lukis corak yang pelbagai bentuk pada permukaan, dan potong corak tersebut. Letak mounting board ditengah antara subjek dan Lampu. Pastikan ruang yang ditembusi cahaya, jatuh ke subjek yang hendak kita timbulkan dalam hasil fotografi kita.
Bagi melengkapkan pencahayaan, letakkan satu lagi sumber cahaya sebagai cahaya pelengkap bagi menerangi zon bayang yang terhasil. Anda boleh menggunakan softbox bagi hasil lampu yang lebih lembut dan sekata.










