PERKATAAN pesakit ,‘ditidurkan’ hangat diperdebatkan oleh orang ramai setiap kali timbul khabar seseorang pesakit perlu ditidurkan. Istilah ditidurkan juga amat digeruni kebanyakan orang kerana ia seolah-olah meletakkan pesakit selangkah ke alam abadi. Pakar Bius dan Rawatan Rapi, Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Pahang, Dr. Nazhan Afeef Mohd Ari @ Ghazali berkata, dakwaan itu ada benarnya jika keadaan pesakit sangat kritikal. “Jika pesakit tersangat kritikal, kadang-kadang rawatan yang diberikan sudah terlambat…










