Pengasas bersama jenama pakaian, Love, Bonito, Rachel Lim menampilkan sentuhan gaya oriental moden pada koleksi Tahun Baharu Cina keluarannya.
Setiap helaian itu melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna-warna bertuah, sulaman bunga eksklusif dan penggunaan tekstil broked.
Menariknya, koleksi ini mengangkat identiti Asia kerana setiap rekaan diinspirasikan daripada porselin, jed dan broked.
Bagi meraikan ikatan kekeluargaan, Rachel turut menyediakan pakaian keluarga sepadan dan sesuai untuk mengabadikan potret keluarga di musim perayaan.
Cheongsam moden dengan garis leher drape dan potongan maxi yang sesuai digayakan, antara kelainan ditawarkan jenama ini.
Turut ada romper kolar Mandarin bagi menonjolkan pinggang ramping manakala kemasan poket sisi berfungsi untuk menyimpan angpau.
Untuk yang gemar bergaya muda, ada pilihan jumpsuit kolar Mandarin di samping cheongsam moden dengan belahan di bahagian belakang untuk siluet lebih anggun.










