Masjid dibina atas tujuan 'jahat'

Masjid al-Dhirar dibina atas tujuan ‘jahat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENZIARAH Masjid Quba mungkin tidak mengetahui kewujudan masjid yang dibina pada zaman Rasulullah SAW untuk tujuan jahat.

Masjid dikenali sebagai Masjid al-Dhirar (Masjid Kemudaratan) adalah sebuah bangunan secara rupa luarannya adalah masjid,
namun bangunan dibina pada zaman Rasulullah SAW ini bertujuan memecahkan perpaduan umat Islam dan memurtadkan para sahabat.

Masjid palsu ini yang lokasinya tidak jauh dari Masjid Quba, dibina 12 orang yang sebahagian mereka adalah munafik yang berpura-pura memeluk agama Islam.

Mereka adalah: *Khi-dzam bin Kholid yang masjid palsu ini dibina bersebelahan dengan rumahnya.

*Tha‘labah bin Hatib (dia bukanlah Saidina Tha‘labah bin Hatib al-Ansoriyy, menyertai Peperangan Badr).

*Saidina Mu‘attib bin Qu-shayr bin Mulayl, antara tentera Islam di dalam Peperangan Badar dan Uhud. Berkemungkinan beliau yang
merupakan sahabat Nabi SAW tidak mengetahui tujuan jahat pembinaan masjid ini.

*Saidina Abu Habibah bin al-Az‘ar bin Zayd. Beliau berkemungkinan merupakan sahabat Nabi SAW tidak mengetahui tujuan jahat pembinaan masjid ini.

*Saidina Abbad bin Hunayf yang merupakan saudara kandung Saidina Sahl bin Hunayf.

Beliau yang berkemungkinan sahabat NabiSAW tidak mengetahui tujuan jahat pembinaan masjid ini.

*Jariyah bin ‘Amir bin Mujammi‘. *Saidina Mujammi‘ bin Jariyah (anak lelaki Jariyah bin ‘Amir) menjadi imam solat berjemaah di Masjid al-Dhirar.

Berkemungkinan beliau merupakan sahabat Nabi SAW tidak mengetahui tujuan jahat pembinaan masjid ini.

*Saidina Zayd bin Jariyah (anak lelaki Jariyah bin ‘Amir). Beliau semasa pembakaran Masjid al-Dhirar, kekal berada di dalam masjid ini sehingga punggungnya terbakar.

Berkemungkinan beliau juga yang merupakan sahabat Nabi SAW tidak mengetahui tujuan jahat pembinaan masjid ini.

*Saidina Nabtal bin al-Harith bin Qoys bin Zayd, berkemungkinan beliau yang juga sahabat Nabi SAW tidak
tahu tujuan jahat pembinaan masjid ini.

*Seorang lelaki dikenali dengan panggilan Bahzaj daripada Banu Dhu-bay‘ah. *Bijad bin ‘Uthman. Dia juga daripada Banu Dhu-bay‘ah.
* Wadi‘ah bin Thabit.

BINA MASJID AL-DHIRAR

Menurut al-Shaykh Abdulloh Abu Dzikri dalam buku beliau Yawmiyyat al-Siroh al-Nabawiyyah al-Musharrofah, golongan munafik pada hari Selasa 4 Rejab tahun 9 hijrah bersamaan 16 Oktober 630 Masihi, meminta Nabi SAW mendirikan solat di dalam Masjid al-Dhirar dengan harapan solat baginda akan menarik hati para sahabat untuk datang solat di dalam masjid itu.

Mereka berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah. Kami telah membina sebuah masjid untuk [didatangi oleh] orang yang
mempunyai penyakit dan keperluan serta (mudah untuk didatangi oleh mereka pada) malam yang hujan turun.

Kami suka anda bersolat untuk kami di dalamnya dan anda mendoakan keberkatan (untuk masjid ini).

Walau bagaimanapun baginda SAW tidak dapat menunaikan permintaan mereka kerana baginda bersiap untuk ke Peperangan Tabuk.

Baginda SAW berjanji akan solat di dalam masjid ini setelah baginda pulang dari medan Peperangan Tabuk.

Malam itu, Nabi SAW meninggalkan rumah lalu berkhemah di Gunung Dzubab bagi menunggu para tenteraIslam berkumpul seluruhnya.

Esoknya Rasulullah SAW dan tentera Islam bergerak dari Gunung Dzubab ke medan pertempuran. Jumlah tentera Islam adalah 30,000orang tentera pejalan kaki dan 10,000 tentera berkuda.

Setelah bermusafir selama dua minggu dengan menempuh perjalanan sejauh 687 kilometer, Rasulullah SAW para tentera tiba di Tabuk pada siang Rabu 19 Rejab tahun 9 Hijrah bersamaan 31 Oktober 630 Masihi.

MASJID TERBAKAR

Setelah Rasulullah SAW dan tentera Islam berada di Tabuk selama 23 hari bagi menunggu kemaraan tentera Kerajaan Rom, baginda dan tentera Islam akhirnya pulang ke al-Madinah setelah tentera Rom batalkan hasrat mereka memerangi tentera Islam.

Baginda SAW tentera Islam meninggalkan Tabuk pada siang Khamis 11 Syaaban tahun 9 hijrah bersamaan 23 November 630 Masihi.

Sewaktu Rasulullah SAW dan tentera Islam tiba di Wadi Dzi Awan pada Rabu 24 Syaaban tahun 9 Hijrah bersamaan 5 Disember 630
Masihi, Allah memaklumkan kepada Nabi SAW rencana jahat orang munafik yang membina masjid dengan niat jahat.

Allah menurunkan ayat ke-107 hingga ayat ke-110 daripada surah al-Taubah bermaksud: Dan (daripada mereka yang tidak menyertai Peperangan Tabuk] adalah orang-orang yang telah mengambil sebuah masjid untuk tujuan memudaratkan, mengkufuri
(Allah), memecahbelahkan antara orang-orang yang beriman dan menunggu (kedatangan) orang yang telah
memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum (pembinaan masjid) itu.

Mereka benar-benar bersumpah (secara dusta): Tidaklah kami menginginkan (daripada pembinaan masjid ini) melainkan hanya (untuk
melakukan perbuatan) baik.

Allah bersaksi bahawa sesungguhnya mereka benarbenar adalah orang yang berdusta.

Janganlah anda (wahai Rasulullah) berdiri (melaksanakan solat) dalam masjid itu selama-lamanya.

Benar-benar masjid yang telah diasaskan atas (dasar) ketakwaan (semenjak) dari hari pertama (pembinaannya) adalah lebih layak untuk anda
berdiri (melaksanakan solat) di dalamnya.

Di dalamnya ada orang lelaki yang suka menjadi orang yang bersih. Allah mencintai orang-orang yang menjadi bersih.

Maka adakah orang yang telah mengasaskan pembinaan masjid atas dasar ketakwaan kepada Allah dan (atas keinginan terhadap)
keredaan (daripada-Nya) lebih baik atau orang yang telah mengasaskan pembinaan masjid di atas hujung sudut yang senget lalu masjid itu jatuh bersama-sama dengan orang yang membinanya ke dalam neraka jahanam?

Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Binaan (masjid) mereka (itu) yang dibina oleh mereka akan terus  menjadi keraguan di dalam hati mereka. (Keraguan ini tidak akan habis) kecuali (apabila) jantung-jantung mereka hancur binasa (dalam tanah).

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Rasulullah SAW lantas mengarahkan Saidina Malik bin al-Dukh-shum dan Saidina Ma‘n bin ‘Adiyy bergerak dari Wadi Dzi Awan ke Masjid alDhirar untuk membakarnya.

Dua sahabat ini bergerak sejauh 8.2076 kilometer berjalan kaki sehingga sampai di Masjid al-Dhirar di antarawaktu solat Maghrib dengan Isyak.

Mereka membakar masjid menggunakan andang daripada pelepah kurma sehingga rentung menyembah bumi.

Rasulullah SAW menjadikan lokasi masjid itu sebagai tempat pembuangan sampah. Kini lokasi Masjid al-Dhirar berada berhampiran
dengan Pasar Masjid Quba dan tandas wanita.

PENULIS adalah Sheikh Ruwaq Jawi Pusat Pengajian Ruwaq Jawi, Kaherah di Mesir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN