Klasik, sulaman bunga tiga dimensi jadi pilihan - Utusan Malaysia

Klasik, sulaman bunga tiga dimensi jadi pilihan

Tiga dimensi merupakan trend global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pereka fesyen, Calvin Thoo menjangkakan rekaan klasik dan malar segar terus menjadi sepanjang Tahun Baharu Cina.

Untuk itu, kali ini beliau menampilkan perincian sulaman manik berkonsepkan bunga 3D.

Cheongsam potongan moden.

“Bunga 3D merupakan trend global pada tahun ini, maka elemen itu turut dimasukkan pada rekaan cheongsam dan samfu.

“Selain merah, saya turut menggunakan warna-warna seperti terracota dan peach dalam koleksi Tahun Baharu Cina,” katanya.

Walaupun pakaian serba hitam ‘dilarang’ pada sambutan perayaan itu, tetapi tiada masalah untuk seseorang menggunakannya jika disuai padan dengan warna-warna ceria lain.

Beliau mengelak sebarang lambang haiwan zodiak Cina sebagai hiasan pada busana.

“Naga dan harimau misalnya dipercayai memiliki kuasa sakti, jadi bukan semua orang mampu membawa aura haiwan itu jika diletakkan pada baju. Biasanya saya cuma meletakkan lambang burung atau rama-rama pada busana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×