BEKERJA di awan biru menuntut pengorbanan tinggi kerana tempoh bertugasnya tidak sama seperti profesion lain. Ini termasuklah tinggal berjauhan dengan ahli keluarga, yang menjadi antara tuntutan perlu ditempuhi individu bergelar juruterbang. Dedikasi dan cinta menebal terhadap kerjaya ini, menyebabkan tidak pernah timbul sekelumit rasa menyesal buat juruterbang, Kapten Raja Ishwara Aum, 42. Rasa teruja dengan pekerjaan ini sama seperti hari pertama beliau menyertai dunia penerbangan pada 2006 lalu. “Cabaran juruterbang…










