Dari gelandangan di Chow Kit, Abdullah kni berjaya di AS

Dari gelandangan di Chow Kit, Abdullah kini berjaya di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANAK kecil itu baru berusia tujuh tahun ketika dia dieksploitasi.

Abdullah John, kanak-kanak etnik Rohingya dari Myanmar dibawa berlayar jauh bersama dua lagi adik-beradiknya ke Malaysia dengan janji manis untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Datuknya yang sudah lanjut usia pada ketika itu, hanya membenarkan ‘rakannya’ membawa ketiga-tiga cucunya yang sudah kematian ibu bapa itu
merantau dengan harapan mereka keluar daripada kesempitan hidup.

Namun, janji hanya tinggal janji. Selepas seminggu mengharungi sempadan sehingga tiba di Kelantan, mereka rupanya adalah mangsa sindiket eksploitasi kanak-kanak.

Abdullah bersama kakak dan adik perempuannya dipaksa menjadi pengemis dan menjual buku di tepi-tepi jalan.

Menceritakan semula kisah silam yang memahatkan luka dihatinya itu, Abdullah,23 berkata, ketika itu mereka diarahkan untuk membawa pulang wang sekurang-kurang RM50 setiap hari.

Jika tidak, rotan akan menjadi ‘makanan’ mereka.

“Kadangkala, saya tidak berani pulang ke rumah sekiranya mendapat kutipan yang sedikit kerana tidak sanggup lagi merasa sebatan yang memedihkan itu,” katanya yang lancar berbahasa Melayu sewaktu ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

chow kit
Abdullah John Martial bersama para pengerak Yayasan Chow Kit.. UTUSAN/ Firdaus M Johari

TIADA DOKUMEN

Tiga tahun hidup dalam situasi itu, Abdullah akhirnya ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Dia dibawa ke depoh tahanan imigresen dan itulah kali terakhir dia berjumpa dengan adik-beradiknya.

“Saya seorang sahaja budak, tahanan lain semuanya dewasa dari Bangladesh, Pakistan dan banyak lagi,” katanya yang masih mengingati detik itu.

Setahun jadi tahanan, Abdullah diberi pilihan sama ada mahu pulang ke tanah air atau mahu mendapatkan kad hijau dan dihantar ke negara
yang menerima pelarian.

“Saya cakap saya tidak boleh pulang kerana saya pun tidak tahu siapa lagi ahlikeluarga yang ada di sana.

“Sudah empat tahun saya tidak pulang, saya tidak tahu datuk masih hidup atau tidak,” katanya.

chow kit
Abdullah John Martial bersama penghuni di Yayasan Chow Kit. ketika kembali melwat lokasi yang banyak berjasa kepadanya itu. – UTUSAN/ Firdaus M Johari

HIDUP BERUBAH DI YCK

Selepas memberi kata putus itu, Abdullah diminta menunggu sementara pihak imigresen merujuknya kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Setelah di bawah kendalian UNHCR, dia dipertemukan dengan Yayasan Chow Kit (YCK) yang menguruskan kanak-kanak yang memerlukan dari pelbagai
latar belakang.

Di situ, dia diberikan pendidikan secara in-house dan berpeluang menjalani kehidupan seperti kanak kanak lain.

Walaupun berdepan episod hitam, namun Abdullah tahu hanya pendidikan dapat mengubah kehidupannya. Kepulangannya ke ibu kota
baru-baru ini adalah bagi melawat guru dan kakitangan YCK.

CEMERLANG, RAJIN

Sementara itu, Pengurus KL Krash Pad di bawah kendalian YCK yang menyediakan program pembelajaran untuk kanak-kanak dan remaja, M
Pusenthi P Maniam, berkata Abdullah cemerlang dalam pembelajarannya.

“Abdullah datang ke YCK pada 2014. Kami jaga dari segi persekolahan, tempat tinggal dan makan sebelum dia melalui proses penempatan
semula dengan negara yang menerima pelarian,” katanya.

Salah satu negara yang menerima pelarian adalah Amerika Syarikat (AS) dan Abdullah mendapat keluarga angkat di sana selepas dua
tahun bersama YCK.

chow kit

LEMBARAN BAHARU

Syukur dan terharu. Itu perasaan Abdullah apabila diterima masuk dalam keluarga Jean-Philippine Martial.

Keluarga yang menetap di Utah, AS itu menerima kehadirannya dengan tangan terbuka dan melayannya tidak ubah seperti anak kandung.

“Saya diberikan peluang hidup baharu oleh keluarga baik ini. Kini saya sedang menyambung pelajaran dalam bidang kejuteraan Mekanikal.
Saya mahu jadi jurutera pakar dalam baiki mesin dan alatalat perubatan di hospital.

“Saya mahu jadi orang hebat dan berguna. Keluarga turut memberikan sokongan dalam setiap perkara saya
lakukan.

“Malah, seluruh keluarga memberikan sokongan dan ibu yang menemani saya melawat YCK untuk berjumpa semula dengan mereka-mereka yang pernah membantu saya,” katanya yang kini mendapat
kewarganegaraan AS. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.