Solidariti Palestin menerusi fesyen - Utusan Malaysia

Solidariti Palestin menerusi fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HINGGA kini jumlah korban rakyat Palestin di Semenanjung Gaza melebihi 5,000 orang dengan lebih 2,000 mangsa adalah kanak-kanak.

Lebih 15,000 lagi dilaporkan cedera dalam serangan udara Israel.

Sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas zionis, beberapa jenama fesyen
tempatan turut mengambil bahagian mengadakan jualan amal antaranya termasuk menghasilkan rekaan tudung istimewa berkonsepkan Gaza.


MINAZ
Koleksi Palestine will bloom keluaran Minaz menampilkan motif bunga-bungaan mekar yang menggambarkan
harapan dunia agar negara berkenaan dapat bersinar kembali, satu hari nanti.

Pengasasnya, Hafiza Abd. Hamid berkata, ini merupakan kali kedua Minaz bekerjasama dengan pertubuhan
bukan kerajaan, Yayasan Kebajikan Muslim (MyFund Action) dalam kempen Palestin, selepas yang pertama pada 2021.

Hasil keuntungan daripada jualan amal tudung itu disalurkan sepenuhnya bagi membeli makanan dan ubat-ubatan di Gaza.

“Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM50,000 setakat Ahad lalu dan kini di fasa kedua kempen dengan sasaran untuk mengutip RM50,000 lagi sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM100,000,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.


Sentuhan corak keffiyeh pada tudung melambangkan solidariti kepada penduduk Gaza yang dizalimi.

Ia dijual pada harga RM29 untuk bidang 45 manakala RM39 (bidang 55).


dUCK
Jenama tudung premium tempatan, dUCK mengeluarkan kembali koleksi pakaian dan aksesori bertemakan Palestin atas permintaan pelanggan setianya.

Produk itu pernah diperkenalkan pada 2021 termasuk tudung dan selendang corak sama di samping beg.

Walaupun terpalit kontroversi susulan harga tudung bernilai RM300, namun sambutan jualan yang diterima sangat luar biasa.

Sebanyak RM600,000 berjaya dikutip hasil jualan pratempahan yang dibuka sehingga 17 Oktober lalu.

Kesemua dana itu disalurkan kepada Viva Palestina Malaysia bagi menampung keperluan di hospital, ubat-ubatan, penginapan sementara dan bekalan makanan rakyat Gaza.


SHAWLPUBLIKA
Jenama ini akan mengeluarkan kembali koleksi tudung bertemakan Palestin, SPalestine.

Pengasasnya, Nur Hidayu Zorkafli berkata, pendekatan itu secara tidak langsung dapat mengajak orang ramai untuk membeli sambil beramal.

Sebelum ini, Shawlpublika pernah menjalin kerjasama dalam kempen Palestin dengan NGO, Cinta Gaza Malaysia.

Hasil keuntungan akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung Palestin untuk keperluan makanan, perubatan dan pakaian saudara Islam kita di sana.


KEKABOO
Koleksi istimewa Doa buat Palestina ini menggunakan material cotton voile premium.

Hanya satu rekaan sahaja dikeluarkan dengan harganya bermula daripada RM28 untuk bidang 45 diikuti RM38 (bidang 50) dan RM45 (bidang 58). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya