Tanda-tanda itu ialah melihat apungan atau bintik hitam

Buta akibat diabetik retinopati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIABETES merupakan penyakit kronik yang menjejaskan organ-organ dalaman seseorang dalam jangka masa panjang.

Kebiasaannya, organ-organ utama seperti otak dan jantung yang akan terjejas dahulu diikuti dengan buah pinggang dan mata.
Untuk bahagian mata, antara risiko yang bakal dihadapi pesakit termasuk penglihatan merosot lalu buta.

Apabila paras gula dalam darah tinggi, ia boleh melemah dan merosakkan dinding-dinding salur darah pada lapisan retina, jika berlarutan.

Pakar Perunding Oftalmologi, Columbia Asia Hospital Petaling Jaya, Dr. Muhammad Syamil Mohamad Salmi berkata, kesan diabetes terhadap mata terbahagi kepada dua iaitu diabetik retinopati dan diabetik makula sembap (DME).

Kebiasaannya, ketajaman penglihatan pesakit masih terpelihara di peringkat awal diabetik retinopati, jika makula iaitu pusat peka cahaya tidak terkesan dengan DME.

“Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak mengalami gejala diabetik retinopati, tetapi ia boleh muncul sekiranya keadaan berlarutan,
“Antara gejala itu ialah tahap penglihatan berubah-ubah di samping mata kering dan kemerahan. Apabila makin merosot, seseorang boleh buta,” katanya baru-baru ini.

Jelasnya, bagi pesakit diabetik retinopati yang parah, fungsi buah pinggang mereka turut sama akan terjejas.

Jalani pemeriksaan jika alami empat tanda

Pesakit perlu segera menjalani pemeriksaan dengan pakar mata jika mengalami empat tanda-tanda seperti berikut.

Tanda-tanda itu ialah melihat apungan atau bintik hitam di samping kilat cahaya seiring pergerakan pandangan.

Selain itu, kabur pada ruang tengah penglihatan dan legap pada medan penglihatan.

Golongan berisiko

Muhammad Syamil berkata, semua pesakit diabetes berisiko untuk menghidap diabetik retinopati dan DME.

Lebih-lebih lagi golongan yang menghidap kencing manis dalam tempoh lama, paras gula tidak terkawal, obesiti, merokok dan wanita hamil.
Justeru, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak diabetik retinopati yang memberi kesan kepada penglihatan.

“Kunci kehidupan yang berkualiti adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan saringan kesihatan awal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya