ALPHA arbutin sinonim dalam kosmetik kerana kebaikannya dalam mengurangkan bintik hitam dan membantu mencerahkan kulit.
Bahkan, bahan itu juga mampu menjadi sebahagian ramuan bagi alat pelindung matahari.
Menurut pengasas Dr. Cute, Dr. Abdullah Alias, kebanyakan alat pelindung matahari di pasaran kini mempunyai kandungan kimia yang agak tinggi
“Seperti yang kita tahu, fungsi alat pelindung matahari adalah untuk mengelakkan masalah kulit seperti kemerahan dan keradangan apabila terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) secara berlebihan di samping mengurangkan risiko kanser kulit dan mencegah tona kulit tidak sekata.
“Namun, kebelakangan ini didapati banyak produk pelindung matahari yang mempunyai bahan kimia di pasaran,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap orang ramai lebih berwaspada dengan lambakan produk tiruan berkenaan.
Katanya, formulasi dalam Glow-Up Tinted Sunscreen misalnya tidak mempunyai unsur kimia aktif yang berbahaya atau tiruan selain menggunakan ekstrak semulajadi dan asid hyaluronic.-UTUSAN