Adidas Switch FWD bantu pelari kasual capai sasaran

Adidas Switch FWD bantu pelari kasual capai sasaran

ADIDAS Switch FWD mampu memberi kesan lonjakan ke hadapan dengan efektif ketika melakukan larian dan selesa untuk dipakai oleh pelari kasual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENAMA Adidas terus komited dalam mengeluarkan produk-produk berkualiti bagi memberi kepuasan kepada penggunanya.

Adidas Switch FWD salah satu keluaran yang mampu membantu pelari yang berjinak-jinak dalam aktiviti sukan larian.

Untuk pelari di atas treadmill mahupun ‘outdoor’ akan lebih menyeronokkan jika anda mengenakan kasut yang sesuai.

Justeru, kasut Adidas Switch FWD yang baharu sahaja dilancarkan pada penghujung Julai lalu antara pilihan perlu dimiliki dan model ini sesuai digunakan untuk larian kasual serta berjarak dekat.

Rekaan luarannya memberi satu ilusi seperti anak panah menghala ke hadapan sesuai dengan namanya, Switch FWD.

Bagaimanapun ia bukan hanya sekadar mainan minda kerana bahagian midsole kasut yang menggunakan kompaun span EVA ini sememangnya mampu memberi kesan lonjakan ke hadapan dengan efektif ketika larian.

Dalam masa sama, kesan lantunan yang melonjak ke hadapan juga disokong daripada rongga besar di bahagian tengah hingga menghasilkan larian yang lebih lancar dan cukup selesa.

Walaupun bahagian midsole agak sedikit tinggi, namun ia sangat stabil ketika melalui di laluan yang tidak rata.

Oleh itu, tidak keterlaluan untuk mengatakan model terbaharu daripada Adidas ini sangat sesuai dijadikan kasut larian harian.

Jadi jika anda seorang pelari yang mensasarkan jarak sekitar 10 kilometer seminggu, Switch FWD adalah pilihan yang tepat dan perlu dimiliki oleh seorang pelari kasual.

Lebih menarik bahagian atas, Switch FWD dihasilkan dengan mesh upper yang direka selaras dengan kaki anda hingga memberi kesan ‘dakapan’ pada kaki.

Pada bahagian tapak pula, kerjasama Adidas dengan pengeluar getah berkualiti tinggi iaitu Continental memberi keselesaan dan ia mampu memberi cengkaman yang baik ketika melakukan larian di treadmill atau outdoor.

Kasut adidas Switch FWD ini dikeluarkan dalam warna putih/silver violet dengan kemasan lucid lemon untuk wanita manakala putih/biru dengan kemasan lucid lemon.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya