TVET medan pelajar bina kereta F1 - Utusan Malaysia

TVET medan pelajar bina kereta F1

Mohd. Zahari dan Md Amin bersama peserta yang menjayakan FMEC 2023 di Sepang International Circuit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAJAR Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini berpeluang mempamerkan bakat dan kemahiran masing-masing dalam membangunkan reka bentuk kereta Formula Satu (F1) menerusi Pertandingan Pendidikan Sukan Permotoran (FMEC) 2023.

Inisiatif anjuran Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam masa sama menggalakkan golongan sasar untuk berinovasi.

Dekannya, Dr. Mohd. Azlan Mohammad Hussain berkata, FMEC menjadi platform pelajar untuk menterjemahkan pengetahuan teori dan kemahiran mereka kepada produk sebenar.

Menariknya, setiap inovasi tersebut dapat diuji fungsi dan kecekapannya di litar berprestij, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“FMEC memberi cabaran kepada pelajar untuk kreatif berinovasi dalam menghasilkan jentera yang hebat daripada segi reka bentuk dan kecekapan pengendalian di litar.

“Selain itu, pelajar dapat menguasai hubungan sistem-sistem dalam jentera automotif, melakukan kerja-kerja penalaan dan koordinasi jentera automotif 135cc untuk digunakan dalam perlumbaan,” katanya.

Pada edisi kali kedua pertandingan itu, kategori kenderaan elektrik (EV) di litar lumba turut diperkenalkan.

Terdahulu, Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB) mengekalkan kejuaraan dalam kategori 135cc selepas menewaskan 15 pasukan lain.

Kejayaan itu membolehkan pemenang membawa pulang wang RM4,000 dan trofi manakala tempat kedua diraih Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua (ketiga).

Kategori EV pula diungguli Politeknik Muadzam Shah manakala Time Attack 135cc (ILP Kuala Lumpur) dan Pembentang 135cc (KKBB).

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd. Zahari Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×