Sayur berbuah lebih sesuai ditanam pada musim panas - Utusan Malaysia

Sayur berbuah lebih sesuai ditanam pada musim panas

ANTARA tumbuhan sesuai ditanam ketika musim panas ialah daripada jenis berbuah seperti petola dan terung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika ini ramai yang gemar bercucuk tanam terutamanya sayur-sayuran bagi mengurangkan kos barangan dapur.

Namun, cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga September membataskan keinginan tersebut memandangkan tanaman sukar subur dalam cuaca yang ekstrem.

Sebenarnya, ada beberapa jenis tanaman yang boleh dipertimbangkan sekiranya berkeinginan untuk bercucuk tanam ketika musim panas.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Juju Nakasha Jaafar berkata, antara tanaman yang sesuai ditanam semasa musim panas adalah timun, kacang panjang, petola, petola, ubi, kacang hijau dan terung.

“Jika dilihat di sini, ia kebanyakan daripada kategori sayuran berbuah. Ia lebih tahan panas berbanding sayur-sayur berdaun.

“Setiap spesies mempunyai daya tahan tersendiri terhadap tekanan persekitaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, ia berkaitan dengan morfologi iaitu keadaan fizikal tanaman tersebut, fisiologi iaitu dalaman serta genentiknya sendiri.

“Sebagai contoh, tanaman yang tahan panas ini mempunyai lapisan luar yang sama ada tebal atau berlilin.

“Contohnya, terung yang lapisan luarnya adalah bersifat tahan panas dan berlilin, di mana wap air tidak cepat keluar dan melindungi dalaman buah itu sendiri,” katanya.

Selain itu, mekanisme tanaman itu sendiri (fisiologi) akan membantu di dalam mengurangkan kehilangan air seperti akan melipat atau menggulungkan daun.

Daun-daun baru pula sekiranya ada akan bersaiz sedikit kecil bagi membantu mengurangkan kehilangan air dalam tanaman tersebut.

KAWASAN SESUAI

Mengenai kawasan yang sesuai bagi tanaman pula, kata Juju, ketika musim panas disyorkan untuk menanam di kawasan yang mempunyai naungan dan tidak tertutup.

“Ini bagi membantu peredaran udara panas dan tidak memerangkap udara panas tersebut.

“Bagaimana pun, jika seseorang telah mempunyai sistem tertutup (Greenhouse), boleh pasang kipas yang mempunyai semburan titisan air bagi menyejukkan persekitaran,” jelasnya lanjut.

Daripada segi penjagaan pula katanya, amat penting untuk memberikan air secukupnya kepada tanaman bagi mengurangkan stres kepada tanaman.
“Sekiranya ada daun yang telah layu dan tidak dapat diselamatkan, ia harus dibuang.

“Sekiranya perlu, bilangan daun juga perlu dikurangkan bagi mengurangkan kadar transpirasi pada tanaman tersebut,” katanya yang turut menyatakan keperluan tanah digembur. Ini kerana pada musim panas tanah akan cepat kering sekaligus menyebabkan bahagian akar menjadi lemah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya