Letih dilabel cantik sebab ada duit - Utusan Malaysia

Letih dilabel cantik sebab ada duit

Marion Rose Caunter kekal anggun pada usia 43 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORANG selalu beranggapan wanita kaya lebih mudah menjadi cantik kerana mampu memiliki kosmetik berkualiti dan mahal di pasaran.

Malah kuasa beli yang tinggi turut membolehkan golongan itu berhabis ribuan ringgit menjalani pelbagai jenis rawatan kecantikan.

Pendek kata dari hujung rambut hingga ke kaki semuanya terjaga rapi.

Namun, kecantikan bukan hanya dipengaruhi oleh duit semata-mata, sebaliknya menuntut kerja keras dan disiplin.

Ia diakui pengacara, Marion Rose Caunter, 43, yang mengakui ‘letih’ dilabel cantik hanya kerana kehidupannya yang mewah.

“Banyak kali saya dengar orang cakap Marion ada duit, bolehlah cantik… kalau tidak, lebih baik dia bunuh diri.

“Hakikatnya, cantik bukan soal ada duit, pokok pangkalnya diri dan disiplin.

“Contohnya, jika anda berduit, banyak acara yang perlu dihadiri termasuk disajikan makanan yang sedap. Tanpa disiplin tentang soal makan, pasti saiz badan boleh mengembang dan tidak cantik,” katanya ditemui pada majlis ulang tahun pertama produknya, Mare baru-baru ini.

Suri hati usahawan, SM Nasarudin SM Nasimuddin itu menambah, selain disiplin, dia mengambil pendekatan untuk tidak melakukan rawatan muka secara berlebihan.

Marion selesa proses penuaan dilalui secara semula jadi dan kekal anggun walaupun usia semakin meningkat.

“Saya elakkan rawatan berlebihan atau guna terlalu banyak produk.

“Setakat ini saya cuma buat laser, namun kesibukan menyebabkan saya sukar cari masa untuk melakukannya,” katanya.

Takut gemuk

Masalah kegemukan merupakan antara ketakutan yang dihadapi wanita dan tidak terkecuali Marion.

“Sudah tentu saya risau gemuk, apatah lagi berada dalam industri ini kerana perkembangan kita sentiasa diperhatikan peminat.

“Saya kawal pemakanan dan sejak beberapa bulan lalu saya mengurangkan pengambilan gluten dan susu atas faktor kesihatan kerana mudah mengalami kembung perut,” katanya.

Bagaimanapun, kata Marion, rutin dietnya itu lazimnya diselangi cheat day yang membolehkannya menikmati nasi lemak dan menu kegemarannya, pizza.

“Ada orang kurus dan cantik tetapi stres sebab terlalu menjaga makan.

“Bagi saya bersederhana dan gembiralah dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.

Mengulas keindahan mahkota dimiliki, Marion berkata, penjagaan rambut bukan hanya tertumpu pada luaran semata-mata sebaliknya menuntut rawatan dalaman termasuk pengambilan vitamin.

“Seperti wanita lain, saya tidak terkecuali berdepan masalah rambut gugur terutama semasa pandemik Covid-19 melanda.

“Walaupun berambut lebat tetapi tanpa penjagaan baik dan tabiat pemakanan buruk, tidak mustahil rambut saya boleh menipis dengan cepat, sebab itulah saya hasilkan Mare untuk membantu kaum Hawa memelihara mahkota mereka,” katanya.

Produk baharu

Sementara itu dalam usaha meningkatkan jenama Mare Marion memperkenalkan empat lagi produk baharu yang dihasilkan dengan menggunakan ashwaganda atau ginseng India.

Ashwaganda membantu menguatkan dan merangsang pertumbuhan rambut, menyihatkan kulit kepala, melindungi daripada kerosakan dan mengembalikan kilauan rambut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×