ORANG selalu beranggapan wanita kaya lebih mudah menjadi cantik kerana mampu memiliki kosmetik berkualiti dan mahal di pasaran. Malah kuasa beli yang tinggi turut membolehkan golongan itu berhabis ribuan ringgit menjalani pelbagai jenis rawatan kecantikan. Pendek kata dari hujung rambut hingga ke kaki semuanya terjaga rapi. Namun, kecantikan bukan hanya dipengaruhi oleh duit semata-mata, sebaliknya menuntut kerja keras dan disiplin. Ia diakui pengacara, Marion Rose Caunter, 43, yang mengakui ‘letih’…