TUAH manusia siapa yang tahu. Daripada bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu, pemilik Spa Bekam Ar Rayyan boleh memberi inspirasi dengan memiliki 30 buah spa bekam seluruh negara dalam tempoh hanya lapan tahun. Pengasas dan Pengarah Urusannya, Mohammad Fathullah Melatu Samsi, 39, tidak pernah terlintas untuk berada pada tahap ini. Idea perniagaanya bermula selepas tertarik dengan perkhidmatan bekam secara mudah alih. Idea membangunkan spa bekam bermula selepas melihat kesanggupan kakak…










