‘Peptide’ inovasi kecantikan Korea, pulih kulit dari sinaran

‘Peptide’ inovasi kecantikan Korea, pulih kulit dari sinaran

ZOERA Aesthetic memperkenalkan beberapa produk rangkaian kosmetik menggunakan teknologi peptide.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fenomena cuaca panas dan gelombang haba yang tinggi semestinya memberi kesan yang sangat ketara kepada ketegangan dan kelembapan kulit wajah. Mencerap trend teknologi kecantikan kosmetik Korea Selatan, penggunaan ‘peptide’ merupakan antara rawatan berkesan yang dapat memulihkan keadaan kulit wajah daripada sinaran ultraungu.

Menurut Pengurus Zoera Medispa & Aesthetic, Izza Sudirman, peptide yang merupakan fragmen protein yang terdiri daripada amino acid ini mempunyai magis boleh merangsang penghasilan kolagen pada wajah.

“Penggunaan peptide sebenarnya sangat popular di Korea Selatan. Jika peptide diletakkan ke dalam produk, ia akan membuatkan kulit wajah merangsang lebih banyak kolagen.

“Semakin banyak kolagen dihasilkan, semakin tegang kulit wajah dan menampakkan seseorang itu awet muda selain mengilangkan radiasi dan keradangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, selain mewajibkan penggunaan krim pelindung matahari, peptide juga bertindak untuk memulihkan kulit yang terjejas akibat sinaran ultraungu.

“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kita perlu memakai krim pelindung matahari. Ramai menyangka ia hanya perlu dipakai sekiranya ingin keluar rumah.

“Sebenarnya, krim itu juga penting untuk dipakai di dalam rumah kerana cahaya daripada gajet juga memberikan sinaran ultraungu yang tidak baik untuk kulit.

“Namun begitu, kita digalakkan untuk memakai peptide kerana ia mempunyai fungsi yang sangat baik untuk memulihkan kulit yang terjejas akibat daripada sinaran ultraungu,” kongsinya.

Memperkenalkan penggunaan peptide ke dalam produk yang dihasilkan, Izza sendiri telah terbang ke Korea Selatan untuk melihat bagaimana peptide berjaya digunakan secara meluas dalam rangkaian produk kosmetik di Korea Selatan.

“Banyak yang ragu dengan produk kecantikan kosmetik tempatan kerana beberapa kes produk kosmetik beracun sebelum ini.

“Kami di Zoera telah terbang ke Korea Selatan bagi mendapatkan pengesahan keselamatan untuk penggunaan tujuh jenis peptide dalam rangkaian produk kecantikan kami.

“Kami berjaya mendapatkan kelulusan oleh Korean Food and Drug Administration (KFDA) di Korea Selatan. Selain itu, kami juga berjaya mendapat sijil daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dipasarkan di Malaysia.” katanya.

Ubah stigma

Bagi Pengarah Urusan Zoera Medispa & Aesthetic, Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry, beberapa kes membabitkan produk beracun yang tidak mendapat kelulusan sedikit sebanyak membuatkan pengguna hilang kepercayaan terhadap produk kecantikan tempatan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pemilik pusat rawatan kosmetik medispa yang menjual rawatan dengan bahan tidak berkualiti seperti menangguk di air keruh dan memburukkan lagi stigma masyarakat.

“Ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab menjual pakej dengan sangat murah menggunakan label ‘mampu milik’. Namun sebenarnya mereka mungkin menggunakan bahan dengan kualiti rendah daripada pembekal. Ia semestinya akan memberi kesan kepada pengguna.

“Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlu banyak membaca agar tidak menjadi mangsa produk kecantikan yang mempunyai bahan beracun,” tambahnya.

Sharifah Azura berkata, penting untuk pemilik mana-mana pusat kecantikan atau medispa mendapatkan sijil kelulusan dan belajar lebih dalam mengenai rawatan kecantikan kulit wajah sebelum memutuskan memulakan operasi perniagaan.

“Ilmu sangat penting. Sebelum menceburkan diri dalam bidang ini, saya pergi ke kelas esktetik dan kecantikan wajah yang diajar oleh pakar dan doktor secara profesional dan menduduki peperiksaan untuk mendapatkan lesen dan sijil,” ujar beliau.

Zoera Aesthetic memperkenalkan beberapa produk rangkaian kosmetik menggunakan teknologi peptide seperti Premium 02 Bubble Cleanser, Peptide Hydrating Toner, Premium Peptide Intensive Serum, Premium Peptide Plus Cream dan UV Defense SPF 50. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN