The Nada Series

Inspirasi muzikal dan instrumen pada hijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERTARIK dengan melodi dan lirik lagu ‘Just the Two of Us’ oleh Bill Withers dan Grover Washington Jr telah memberi inspirasi buat usahawan dan pempengaruh Indonesia, Indah Nada Puspita menterjemahkannya pada helaian hijab keluaran Nada Series 2.

The Nada Series diambil daripada nama Nada yang bermaksud melodi, rentak dan irama.

Kolaborasi Buttonscarves dan Indah Nada Puspita kali ini menceritakan hubungan antara seorang ibu dan anaknya menerusi lagu ‘Just the Two of Us’.

Ia diilhamkan sendiri oleh Indah Nada Puspita yang sememangnya cinta akan muzik dan seni.

“Lirik dan melodi lagu itu sangat menarik perhatian saya untuk koleksi Nada Series 2 ini. Saya mahu sebuah kisah muzikal yang bukan sahaja meraikan cinta malah kasih sayang yang kekal antara ibu dan anak,” tuturnya kepada Utusan Malaysia.

Motif koleksi ini bertemakan elemen-elemen instrumen antaranya seperti piano, saksofon, harpa dan biola serta nota muzik.

Mengekalkan feminin pada helaian hijab, simbolik femininity yang sinonim dengan wanita seperti bentuk dan corak bunga disuai padankan pada siri kali ini.

Lebih istimewa, Nada Series 2 menampilkan dua warna eksklusif iaitu Cello dan Clarinet yang hanya terdapat di Malaysia.

Koleksi ini didatangkan dalam tiga gaya berbeza iaitu voile square, satin square dan satin shawl berharga RM135.

Nada Series 2 menampilkan 13 warna yang menawan seperti warna bold, lembut hingga neutral dan dua daripadanya dihasilkan secara eksklusif.

Setiap nama warna pada koleksi ini juga diambil daripada nama-nama instrumen yang ada pada lagu ‘Just the Two of Us’.

Sebelum ini, Indah Nada Puspita juga mengeluarkan koleksi bertemakan lagu ‘Top of The World’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya