Empat cara mudah rai hari bapa

Empat cara mudah rai hari bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASIH tercari-cari idea menarik untuk sambutan hari bapa pada Ahad ini? Belum terlewat untuk anda merancang majlis istimewa itu.

Berikut dikongsikan empat cara mudah bagi meraikan ikatan mesra antara bapa dan anak dengan hanya memanfaatkan koleksi jenama terkenal Eropah, Marks & Spencer (M&S).

Daripada makanan hingga fesyen, M&S menawarkan pilihan hadiah terbaik untuk menghargai tokoh-tokoh bapa dalam hidup anda.

Sedia hidangan makan malam
Makanan merupakan antara medium terbaik untuk memikat hati insan tersayang. Tunjukkan kasih sayang anda dengan memasak menu makan malam istimewa buat bapa.

Bagi mencipta kelainan, hidangkan pasta seperti spaghetti klasik atau penne berperisa. Padankan dengan sos tomato, basil atau bechamel berkrim.

Rangkaian makanan M&S lengkap dengan segala bahan yang diperlukan untuk mencipta makanan enak dan kenangan indah. Seolah-olah membawa ayah anda ke Itali dengan setiap suapan.

Snek mewah untuk ‘raja’ tersayang
Beri peluang kepada bapa untuk berehat dan menikmati manisan sebagai lambang kasih sayang. Hadiahkan semua snek kegemarannya seperti biskut double belgian chocolate chunk dan sultana yang cair di mulut. Jangan lupa, koleksi popular mini bites M&S yang terdiri daripada pelbagai perisa antaranya chocolate brownie, caramel crispy dan cookie dough.

Sedondon bapa-anak
Sambutan hari bapa lebih istimewa apabila berpelung bergaya sedondon bersama si kecil. Pilih sama ada mahu berbaju kasual pintar atau pakaian santai yang selesa. Cara ini membantu anda mencipta kenangan indah dan manfaatkan peluang berharga itu untuk bergambar sekeluarga.

Koleksi mini-me di M&S menampilkan kemeja Hawaiian/parrot sepadan yang sesuai untuk berseronok di pantai manakala set baju tidur big bear/bear cub boleh dipakai semasa menonton televisyen di rumah.

Fesyen terbaik untuk bapa bergaya
Bagi bapa yang bergaya, hadiahkan pakaian terkini, selesa dan memiliki pelbagai kegunaan contohnya baju T berbelang, herringbone di samping kasut, lace up trainers.

Di samping itu, anda juga boleh berikan set pakaian tidur, autograph black mix pyjama yang diperbuat daripada fabrik lembut untuk menjamin tidur malam bertambah nyenyak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang koleksi hari bapa M&S, lawati kedai di seluruh negara atau beli-belah secara dalam talian di https://www.mark­sand­spencer.­com/my/. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN