Undang-undang tangani fitnah

Undang-undang tangani fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FITNAH berleluasa sering kali dikaitkan dengan fenomena akhir zaman.

Fitnah bukan hanya berlaku ketika dunia hampir ke penghujungnya tetapi telah wujud sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, legenda Mahsuri di Pulau Langkawi menggambarkan betapa besarnya implikasi fitnah kepada mangsa. Melihat kepada perkembangan semasa, semakin ramai yang menggunakan fitnah bagi menjatuhkan penentangnya.

Apabila seorang isteri memohon cerai, sewenang-wenangnya dia difitnah mempunyai hubungan dengan lelaki lain atau sebaliknya si isteri pula menfitnah suami bagi meleraikan ikatan perkahwinan.

Di sisi lain jelas dilihat, fitnah untuk menghancurkan kredibiliti pemimpin atau golongan berpengaruh seolah-olah menjadi norma baharu dalam kalangan masyarakat.

Buku Defamation Law: The Malaysian Perspectives yang ditulis oleh Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Dr. Irini Ibrahim, Dr. Norazlina Abdul Aziz dan Mazlina Mohamad Mangsor menghuraikan interpretasi fitnah yang secara amnya difahami sebagai tuduhan atau kenyataan tidak benar terhadap seseorang atau kumpulan dengan tujuan untuk merosakkan nama baik mereka.

Penulis mengupas tentang fenomena fitnah dan bagaimana undang-undang di Malaysia menangani permasalahan itu.

Penulis juga menghuraikan hak Perlembagaan untuk kebebasan bersuara yang berfungsi sebagai intipati kepada perbincangan mengenai fitnah dan undang-undang.

Jelas penulis, undang-undang meraikan hak setiap orang untuk berkongsi pendapat mereka, namun mengikut had-had tertentu.

Sebab itu, masyarakat mahupun mana-mana individu perlu mematuhi undang-undang yang melindungi hak privasi orang lain.

Buku setebal 89 halaman ini turut mengupas mengenai fitnah yang dibuat secara dalam talian.

Ini termasuk isu liabiliti yang diletakkan kepada penyedia perkhidmatan internet; majikan apabila fitnah dibuat semasa waktu bekerja menggunakan kemudahan pejabat; identiti tanpa nama pelaku dan bidang kuasa mahkamah.

Penulisan dengan kerangka undang-undang di Malaysia yang disampaikan dengan cara paling mudah bagi mengawal fitnah adalah untuk manfaat semua pembaca.

Buku ini turut menyimpan beberapa penulisan mengenai pembelaan dan remedi yang ada untuk fitnah.

Perbincangan keseluruhan dalam semua topik dibuat dengan merujuk kepada kes undang-undang yang berkaitan dan terkini.

Dalam masa sama, penulis mengingatkan masyarakat untuk menggunakan media sosial dan platform digital dengan bijak serta bertanggungjawab dan mengelak daripada menyebarkan maklumat palsu atau menghina orang lain secara tidak munasabah.

Membendung fitnah mampu membantu mengekang peningkatan masalah tekanan mental yang sangat membimbangkan sekarang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya