Siti Nurhaliza menakjubkan, rakam Menjaga Cintamu hanya satu jam -Andi Rianto - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza menakjubkan, rakam Menjaga Cintamu hanya satu jam -Andi Rianto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengimbau detik rakaman lagu Menjaga Cintamu, komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto, 51, mengakui kehebatan nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hanya memerlukan satu jam untuk rakaman.

Menurut Andi, walaupun pernah mengadakan persembahan bersama-sama di atas pentas sebelum ini, namun dia terkesima mendengar nyanyian dan penghayatan Siti Nurhaliza semasa merakamkan runut bunyi filem Anwar The Untold Story yang dilakukan pada Mac lalu.

“Selepas saya menyiapkan demo untuk lagu ini, saya hantar kepada Siti dan dia menyukainya. Pada Mac, saya terbang ke Malaysia untuk sesi rakaman.

“Semasa rakaman berlangsung, saya tahu Siti adalah seorang penyanyi yang bagus. Di dalam studio saya berkali-kali berasa ‘wow’ melihat cara nyanyian, dan bagaimana Siti meletakkan emosi serta intepretasinya terhadap lagu itu.

“Proses rakaman pun hanya satu jam. Dia benar-benar menakjubkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut komposer lagu Sang Dewi itu lagi, dia juga turut mendapat permintaan daripada peminat Siti di media sosial yang menginginkan kolaborasi mereka bersama. Andi bersyukur kerana hasrat itu dapat ditunaikan menerusi lagu Menjaga Cintamu.

“Ada sebuah video di mana Siti menyanyikan lagu ciptaan saya, Sang Dewi di dalam kereta. Ramai peminatnya mula meminta saya untuk berkolaborasi dan menghasilkan lagu untuk Siti.

“Saya sangat bersyukur kerana akhirnya kami menghasilkan Menjaga Cintamu. Ini kali pertama saya betul-betul bekerja dengannya. Sebelum ini kami hanya buat persembahan bersama-sama di atas pentas,” tambahnya lagi.

Menjaga Cintamu
dihasilkan ilham daripada kisah percintaan antara Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa era revolusi tahun 1998.

Terdahulu, Siti menceritakan rakaman lagu tersebut dilakukan dalam keadaan suaranya yang kurang sihat. Namun, penyanyi itu tetap berusaha menyanyikan lagu itu sebaik mungkin.

Lagu tersebut turut mendapat pujian daripada Anwar yang menyifatkan melodinya sangat menyentuh dan mengesankan kepada pendengar.

Video muzik Menjaga Cintamu kini boleh ditonton di YouTube Siti Nurhaliza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya