Permainan warna, tekstur percik gaya menarik

Permainan warna, tekstur percik gaya menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERGELAR ibu tidak menghalang wanita untuk terus berfesyen.

Koleksi baharu Embrace: Maternity keluaran jenama fesyen, Love, Bonito menawarkan keselesaan dalam gaya yang ringkas kepada ibu-ibu sibuk.

Antaranya ialah Lindsey maternity nursing button down knit dress dan Nalla Maternity Nursing Pleat Jumpsuit.

Kedua-duanya tersedia dengan ciri-ciri mudah menyusu seperti butang di depan dan zip di sisi.

Selain itu, Aldari maternity supima cotton tee pula direka khas daripada kapas nipis yang membenarkan udara untuk beredar dan bergerak bebas melalui fabrik.


Bagi wanita muda dan aktif pula boleh mengenakan busana Joni padded straight leg jumpsuit dan Paola multi colour Knit Top untuk keselesaan menyelesaikan tugas sepanjang hari.

Bagi yang gemarkan corak pula, cetakan dalaman baharu syarikat memperkenalkan Terra Blocks yang menampilkan bentuk abstrak.

Katrine Padded Tiered Maxi Dress atau Nena Padded Elastic Knot Back Dress diperbuat daripada fabrik ringan yang sesuai digayakan sama ada ke kafe atau bersantai. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya