PENYANYI yang terkenal dengan jolokan Ratu Tari Malaysia, Stacy akhirnya mampu tersenyum selepas berjaya melunaskan impian beraksi dalam konsert sulung, baru-baru ini. Stacy melakar sejarah tersendiri apabila beraksi buat kali pertama di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Penat lelah berbulan-bulan terbalas. Stacy mengakui, dia berpuas hati melihat wajah kesayangan yang datang memberi sokongan pada konsert DFP Presents Stacy itu. “Kita manusia tidak pernah puas. Tapi, Alhamdulillah, saya puas sebab…