Kasut, dompet antara aksesori raya wajib

Kasut, dompet antara aksesori raya wajib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selesa dan praktikal. Itu antara elemen wajib yang perlu ada pada aksesori dan barangan wanita.

Terutamanya pada musim perayaan supaya acara kunjung-mengunjung menjadi lebih menyeronokkan dan bukan memenatkan.

Antara aksesori wajib bagi wanita terutamanya pada hari lebaran sudah tentu beg tangan.

Tidak lengkap rasanya persalinan raya jika tidak disertakan beg tangan baharu.

Selain cantik, aksesori berkenaan juga haruslah praktikal.

Antaranya koleksi Orion Puffer dari Carlo Rino yang menawarkan koleksi beg tangan mewah dalam nada ivory dan lavender yang lembut.

Koleksi itu menampilkan dua koleksi beg tangan yang dilengkapi barisan aksesori sepadan.

Reka bentuknya yang gebu atau puffy menambah sentuhan mewah lalu sesuai dipadankan apa jua persalinan menjadikannya aksesori yang wajib untuk mana-mana boss babe yang tidak memandang ringan soal penampilan.

Selain itu, himpunan Orion Crossbody tampil diimaginasikan semula memegang sisi rekaan yang lebih lembut dan empuk menerusi barisan beg tangan Orion Puffer Crossbody.

Hadir dengan saiz yang sempurna sambil mendakap rona lembut serta tag kecil dan gebu yang disulam dengan I AM A LITTLE PUFFY, ia sesuai untuk digayakan buat musim perayaan.

Lebih penting, ia memberikan ruang penyimpanan yang luas memudahkan lebih banyak barangan keperluan dibawa.

Secara tidak langsung, mengekalkan bentuk beg tangan tanpa kelihatan terlalu besar.

Bagi seleksi kasut pula, sudah tentu kasut tapak besar menjadi antara yang disyorkan terutamanya jika menghadiri banyak rumah terbuka.

Koleksi kasut pumps Noblesse yang disuntik dengan reka bentuk anggun sesuai digayakan pada pagi Syawal.

Siri kasut ini menggabungkan keselesaan lalu diperincikan dengan nada yang sofistikated untuk wanita boss babe.

Tambahan pula, penggayaan kasut sebegini juga berkait rapat untuk membina keyakinan diri yang lebih tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.